Pengumuman bahawa kerajaan berbelanja besar -- sehingga RM10 bilion -- bagi menyelesaikan masalah pengangkutan di Lembah Klang saya percaya adalah sebahagian usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam berusaha menyelesaikan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh warga kota.
Pada hemat saya sebarang usaha melegakan atau menyelesaikan masalah kesesakan di Lembah Klang adalah sesuatu yang terpuji dan harus disegerakan. Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan sistem rel yang bersepadu di mana pengguna dapat bertukar daripada satu laluan ke laluan lain dengan mudah. Sebaik-baiknya stesen-stesen digabungkan agar pengguna tidak perlu berjalan jauh untuk menukar laluan. Semua sistem perlu dipastikan melalui KL Sentral bagi mastikan ia menjadi hub yang benar-benar bersepadu. Sistem tiket juga perlu disatukan.
Selain itu bas perantara secukupnya perlu disediakan secara lebih kerap untuk membawa penumpang ke stesen-stesen rel.
Cadangan RAPIDKL untuk membeli 1,130 buah bas baru pada hemat saya tidak begitu praktikal jika ia digunakan untuk laluan di dalam ibu kota. Bas perlu disediakan untuk mengakut penumpang dari kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan rel ke stesen yang terdekat. Bas dari luar Kuala Lumpur seharusnya hanya sampai ke stesen rel dan pengguna seterusnya menggunakan sistem rel untuk masuk ke pusat bandar dan bergerak di dalamnya.
Namun untuk ini menjadi kejayaan, kecekapan dan kualiti pekhidmatan sistem rel perlu dipertingkatkan. Ketibaan tren perlu dicepatkan dan kapasiti mengangkut ditambah. Pada masa yang sama, pergantungan kepada sistem bas perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat.
Menambah penggunaan bas akan hanya menambahkan kesesakan dan pencemaran udara kerana bas RAPIDKL sekalipun tidak diselenggara dengan baik. Apakah RAPIDKL mempunyai kemampuan tenaga manusia dan sumber kewangan untuk mengendalikan pertambahan bas ini?
Kata seorang teman saya, "shopping memang seronok." Saya yakin membeli bas ini bukan hanya kerana seronok membeli belah atau kerana kelebihan-kelebihan sampingan yang sering diraih daripada berbelanja besar.
Wednesday, August 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Peruntukan RM 10 Billion itu secara hitam dan putih tetapi realitinya RM 10 billion akan sampai ke peringkat akar dan tempat yang sepatutnya sudah tinggal berapa billion ataupun million ?
Seterusnya , masalah yang dihadapi bukan kualiti sistem pengangkutan awam. Kita sudah ada prasarana dan infrastruktur. Apa yang perlu diubah ialah cara pengurusan dan pentadbiran sistem pengangkutan awam supaya lebih effiesien dan sistematik..
Punca kepada segala-galanya adalah pengurusan dan pentadbiran. Kalau asas seperti management skill tak ada maka 1000 Billion pun tiada guna.
Salam hormat .
Terima Kasih kerana sudi menambah saya dalam ruangan link saudara. Selamat berkongres!
Post a Comment