Seringkali apabila membicarakan mengenai kelemahan dan kemunduran orang Melayu dalam bidang ekonomi, isu penguasaan orang Tionghua dibangkitkan. Kebanyakan khalayak yang membicarakan soal ini, khususnya yang menganut faham perkauman, melihat kemajuan ekonomi orang Tionghua sebagai penyebab kepada kegagalan Melayu untuk menguasai peratusan tertentu ekonomi Malaysia.
Justeru apa penawar (remedy) yang cuba dikemukakan golongan ini? Apakah kita perlu merampas dan mengambil daripada kaum lain dan memberikannya kepada orang Melayu semata-mata untuk meningkatkan peratusan penguasaan Melayu dalam ekonomi?
Pada hemat saya ini sama sekali tidak perlu. Malah para juara politik perkauman menggunakan pendekatan ini semata-mata untuk membakar semangat dan mengalih perhatian daripada isu sebenar.
Kekayaan negara atau Ekonomi bukan sesuatu yang statik dan tetap saiznya. Maka tidak perlu diambil daripada suatu pihak dan diberikan kepada suatu pihak yang lain. Melayu boleh maju dan meningkat kuasa ekonominya tanpa perlu menindas dan merampas.
Cuma yang perlu ialah untuk memecut penglibatan dan penguasaan orang Melayu dalam perniagaan. Hanya apabila kederasan peningkatan ini mengatasi kederasan pekembangan ekonomi orang Tionghua, maka peratusan penguasaan ekonomi Melayu akan meningkat. Yang penting ialah kita tidak harus merampas dan menindas.
Lebih malang apabila kelemahan dan kemunduran dijadikan seruan perang (battle cry) yang semata-mata untuk membangkitkan semangat bagi memenuhi tujuan politik golongan tertentu.
Sunday, August 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ini juga terjadi kat Indonesia, bang. People would like to judge another for something they didn't get. Rasisme ternyata mengakar pada pola fikir saat ini. Dimana kaum chinese memang menguasai roda perekonomian.
Justru kita ditindas bangsa sendiri. Kita dibodohkan oleh tindakan bangsa kita sendiri, oleh kemalasan kita, oleh zona comfort kita. Padahal para pendatang justru bekerja dari bawah. Dan kita sebagai pribumi hanya bisa mengeluh dan berfikir kita tidak dapat apapun dari tanah sendiri.
Saya dari pihak bukan melayu mempunyai pandangan daripada orang melayu mengenai isu ini. Mengapa pula masing-masing pemimpin dan pejuang melayu asyik menyuruh orang melayu untuk berniaga?
Bagi saya , mengapa tidak menggalakkan orang melayu untuk memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan ? Belajar lebih tinggi ? Mendapat pendidikan yang baik dan lebih sempurna ?
Melalui pendidikan dan pengetahuan yang ada pada orang melayu akan menjadikan mereka lebih dinamik dan berkualiti. Maka dengan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada orang melayu sudah tahu berkembang dengan diri sendiri. Mereka sudah tahu bagaimana mencari dan memperoleh wang. Dengan pengetahuan yang ada orang melayu sendiri tahu bahawa adakah perniagaan itu sesuai dengan mereka? Jika sesuai apakah perniagaan yang dianggap boleh menggungtungkan dan seterusnya dan seterusnya..
Jarang saya dengar suruh orang melayu belajar dan mendapat keputusan dengan cemerlang dalam pelajaran.
Betul! Orang melayu tidak erlu menindas kaum lain kerana mereka sendiri boleh memperoleh kekayaan dan menguasai ekonomi.
Persoalannya , apakah hanya dengan berniaga mereka boleh memperoleh kekayaan tersebut? Minta maaf banyak-banyak. Dunia perniagaan tidaklah semudah yang disangkakan. Oleh itu , minta maaf sekali lagi kerana banyak orang melayu gagal dalam perniagaan mereka dan minta maaf untuk kali ketiga kita sering lihat syarikat besar yang dipimpin oleh melayu biasanya kerugian.
Dalam isu ini , adakah melayu lemah ? Tidak!!!!!! Melayu tidak lemah tetapi hanya dilemahkan. Mereka dilemahkan oleh pemimpin melayu sendiri yang lemah...Mereka dilemahkan oleh sistem pendidikan yang sedia ada. Mereka dilemahkan dengan rancangan pemimpin melayu sendiri yang lemah untuk membantu mereka. Mereka dilemahkan dengan rasuah...
Antara rancangan yang bodoh ialah felda iaitu beri 500 000 ribu kepada setiap keluarga. Apakah pemberian wang ini dapat berkembang dan kekal tanpa ilmu untuk mengembangannya mahupun mengekalkan? Ataupun wang ini akan habis dalam jangka masa yang pendek sahaja sebab tidak tahu mengurus ?
Jika saya ialah pemimpin melayu. Wang-wang tersebut akan saya gunakan untuk bina lebih banyak insitusi pendidikan untuk membantu orang melayu.
"If you give me a fish , I will eat it for a day but if you teach me how to fish I will know how and where to get the fish for the rest of my life "
Tidak perlu susah-payah menyuruh orang melayu berniaga. Suruh belajar cukup.Lepas itu percaylah mereka tahu apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.
Dengan adanya DEB akan secara tidak langsung membunuh orang melayu sekali lagi. Tidak percaya? Kita tunggu dan lihat.
Ada cara dan pendekatan yang lebih baik yang boleh digunakan untuk memajukan orang melayu. FELDA , DEB dan sebagainya yang dirancang oleh orang yang lemah dengan rancangannya yang lemah hanya akan melemahkan orang yang dirancang dan akhirnya kesannya juga akan lemah..
sdra Zaki;
Catatan sdra mmg benar. Orang Melayu tidak perlu menindas org lain untuk maju.
Selama ini kita tidak "merampas", "merompak" atau "mengambil" hak orang lain. Tetapi Melayu masih gagal dan kita digambarkan sebagai MALAS dan "pathetic" (lihat www.hanturaya.blogspot.com) oleh bukan Melayu.
Pada saya kita mesti berdiri mempertahankan hak kita. Dan hak kita maksudnya bukan mengambil hak orang lain.
Sejarah meletakkan kita telah melunaskan janji kepada bukan Melayu tetapi setelah janji kita, kita tepati, orang lain mahu mungkir janji atas sebab "peredaran zaman" dsbgnya.
Apakah kita harus berdiam diri. Rustam Sani dalam blognya menyatakan supaya dibiarkan UMNO dan MCA menghunus keris mempertahankan politik perkauman. Tapi masalahnya adakah ini politik perkauman atau kebangsaan?
Salamz
Rata-rata keluarga cina yang sederhana majoritinya menekankan pelajaran daripada mempunyai perniagaan. Tak percaya tanyalah rakan-rakan cina. Jika ada peluang mereka mahu mencari pekerjaan yang tetap dengan berniaga. Saya tidak kata semua tetapi majoriti golongan sederhana. Yang miskin lagi tiada peluang untuk membuat perniagaan sebab hendak memulakan sesuatu perniagaan faktor wang hanya salah satu daripadanya. Banyak lagi aspek yang perlu dikira.
Kepada yang tidak dapat mencari pekerjaan dan mahu terus hidup dalam survival hidup ini maka mereka akan cuba membuat pekerjaan dari kecil sehinggalah besar. Dari bawah sehinggalah ke atas.Itupun dalam kalangan orang cina sudah ada banyak penapisan sebelum mereka boleh benar-benar naik ke atas. Hal ini demikian , dunia perniagaan bukanlah mudah. Banyak pesaing-pesaing hebat yang ingin hidup dalam survival dunia ini akan bekerja dengan lebih kreaftif , kuat dan hebat. Oleh itu , jika perniaga cina yang tidak cukup hebat sudah akan keluar daripada untuk mara ke hadapan. Sebab itu yang berjaya itulah kita biasa dengar mereka adalah jutawan dan ada juga yang berada dalam 20 orang terkaya Malaysia.
Apakah dalam kalangan orang melayu sudah ada penapisa ? Dengan adanya 30% DEB secara automatik lagi sukar untuk menapis supaya yang benar-benar hebat dapat dihasilkan.
Oran cini disebelah cini mahukan anak berpendidikan dan fokus utama mereka ialah pendidikan daripada kekayaan wang di dunia. Hanya daripada pendidikan yang ada anak-anak mereka sendiri yang mengeksploitasi segala peluang dengan peluang yang ada untuk mencari wang dan secara tidak langsung sudahpun menguasai ekonomi negara.
Orang melayu di sebelah sana asyik mahu jalan pintas untuk mencari wang. Tengok orang cina berniaga maka mereka mahu mencuba dan dalam kalangan besar mereka gagal. Keadaan ini bertambah buruk apabila pemimpin sendiri menyeru mereka berniaga...
Orang melayu percayalah bahawa kaum cina lebih menekakan pelajaran daripada peniagaan. Penulis disini berasal dari keluarga cina dan ibu bapa serta saudara mara saya akan mengetawakan saya sekiranya saya kata saya hendak membuat business.Ini menunjukkan betapa sukarnya sebenarnya untuk memnuat business. Mereka akan sindir ;agi. Ijazah ataupun sarjana muda masih belum ada sudah fikir mahu buat perniagaan. Mereka kata belajar baik - baik dahulu. Yang lain kita rancang kemudian dan tuhan baru tentukan. Kalau hendak buat business pun kita juga perlu ada modal. Justeru mesti belajar baik - baik supaya dapat perkerjaan yang baik. Melalui pekerjaan tersebut kamu pandai-pandai menabunglah untuk mendapatkan modal minima untuk memulakan perniagaan. Apa-apa pun belajar dan berkerja untuk memperoleh pengalaman hidup dahalu.
Di surat khabar pula saya sering lihat pemimpin melayu bangun! Sedar supaya ikut orang cina berniaga.Menguasai ekonomi. Menjadi petani moden..
Syabas.Syabas! Malaysia Boleh.
Slogan MCA pun pembelajaran sepanjang hayat. Adakah berniaga sepangjang hayat akan menjadi slogan UMNO ?
Post a Comment