Saya memandang laporan media hari ini (11 Ogos) mengenai rancangan Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussen untuk mendapatkan guru-guru dari China bagi mengajar Bahasa Mandarin di Sekolah-sekolah Kebangsaan.
Ini berikutan kekurangan guru bahasa tersebut setelah Sekolah Jenis Kebangsaan enggan membenarkan guru-gurunya mengajar di SK.
Saya berharap Hishammuddin akan memikirkan masak-masak mengenai cadangan ini. Meski China kini mempunyai ekonomi yang sangat terbuka (malah mungkin lebih terbuka daripada Malaysia) dan dinamik, ideologinya masih komunis.
Penghantaran guru secara rasmi oleh kerajaan China akan mempunyai impak yang besar ke atas anak-anak Malaysia khususnya mengenai semangat keCHINAan yang melampau. Malah apabila krisis antara China dan Taiwan menjadi serius sedikit masa lalu, Cina di Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Taiwan.
Pada hemat saya, kita perlu memberi sokongan kepada Taiwan kerana ia negara demokratik. Meski kita tidak dapat mengiktiraf Taiwan secara rasmi kerana bantahan China, Malaysia seharusnya menunjukkan komitmennya kepada demokrasi. Mengenai isu penyatuan Taiwan-China, seharusnya diserahkan kepada rakyat Taiwan.
Saya kira kebimbangan saya mengenai pengaruh China terhadap Cina Malaysia ada asasnya. Sebagaimana lama dahulu Persekutuan Tanah Melayu menghentikan pengambilan guru dan penggunaan buku teks daripada China kerana kebimbangan yang sama.
Friday, August 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salaam~
saya setuju dengan anda atas kebimbangan cauvinisme. namun, saya menolak kebimbangan atas idealogi komunis...
selain tiada gnostisme, selebihnya komunis ada manifestasi Islam itu sendiri... saya yakin begitu...
malah, kapitalisme yang harus lebih kita bimbangkan...
Saudara aqil,
Salam. Saya sangat bersetuju berkenaan chauvinisme. Namun saya mohon untuk berbeza pandangan mengenai komunisme.
Bagaimanapun saya hormati tindakan saudara menolak kebimbangan saya.
Post a Comment