Saturday, August 05, 2006

Akademi Fantasia vs Bintang Radio

Fenomena realiti tv, khususnya Akademi Fantasia, meski semakin merosot tetap menjadi kegilaan jutaan rakyat Malaysia. Pada hemat saya, meski ujian utama rancangan ini ialah nyanyian, fokus utama sebenarnya bukan kepada bakat menyanyi peserta.

Ini dapat dilihat bagaimana kebolehan berdrama adalah lebih utama untuk meraih undian dan mengelakkan kecaman pengkritik.

Fokus utama terhadap salah seorang peserta musim empat ini, Haziq, misalnya sering berkenaan tangan dan badannya yang terketar-ketar ketika membuat persembahan. Faizal pula sering mengambil peluang untuk menonjolkan bahawa dia adalah dari sebuah keluarga yang bukanlah senang dan malah kekampungan. Barangkali ini dikutip daripada formula berjaya Mawi.

Saya ingin mencadangkan agar satu usaha dilakukan untuk mencari bakat menyanyi yang betul-betul hebat. Singing talent and a great singing voice. Untuk itu saya fikir sesuai diadakan rancangan bintang radio tanpa drama dan tanpa menonjolkan wajah peserta. Justeru wajah yang tidak menarik tidak akan menjadi penyebab bakatnya dinafikan.

Saya fikir negara perlukan lebih banyak bakat tulen selain daripada bakat berdrama. Terlalu ramai yang mempunyai bakat berdrama, tambahan pula di kalangan ahli politik.

3 comments:

Anonymous said...

i don't like akademi fantasia either. Because they are full of conspiracy and dramas. It's not about singing contest.

In Indonesia, this phenomenon stil continues. I dunno whether people still loves to waste their money for this stupid programme.

I think i do miss old times, when singing contest was a singing contest.. not a drama queen.

shogunn_general said...

mereka ni kalau nak cari duit tu ada je cara.tapi orang melayu?tengok jela kejayaan air asia tu dalam masa tak sampai 10 tahun pun.

VitAmiN said...

100% sokong!!sanggup bergolok bergadai semata2 nak anak masuk AF?Kesian..