Monday, August 07, 2006

Khairy dan air mata

Saya benar-benar ingin simpati dengan Khairy Jamaluddin yang sehingga menitiskan air mata ketika menjawab tuduhan-tuduhan terhadapnya.

Sungguh saya ingin simpati.

Tetapi hakikatnya beliau adalah ahli politik, beliau memilih jalan ini dan tidak pernah dipaksa menceburi bidang ini.

Beliau juga dalam usaha untuk meningkat naik sudah barang tentu pernah melukakan hati orang lain, sekalipun jika beliau tidak pernah memijak kepala orang untuk naik.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan amalan fitnah memfitnah -- dalam politik mahupun dalam apa jua perkara.

Setuju! Khairy punya hak, malah tanggungjawab untuk mempertahankan diri dan menjawab semua tuduhan itu. Tetapi menangis? Come on man! Tambahan pula tidak lama selepas beliau menunjukkan sikap gagah berani 'merempuh' sekatan polis di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) semasa bantahan terhadap serangan Israel ke atas Lubnan.

1 comment:

Aqil Fithri said...

salaam~

mempertahan ruang bicara musuh? itukan filsafat voltaire. kerna itu, puak2 keADILan ramai yg jadi voltairean :-) sambil itu, mereka selit2kan sindiran. sinis sekali.

politik...politik