Thursday, April 12, 2007

Migrasi

Saya menghadapi masalah untuk membuat kemaskini (update) blog ini untuk beberapa lama. Justeru saya sudah berpindah ke blog baru di wordpress. Sila lawati azakiyamani.wordpress.com

Terima kasih.

Sunday, April 01, 2007

Obor atau obor-obor?

Semakin hampir kepada Pilihanraya Kecil DUN Machap, semakin ramai pemuka-pemuka Parti keADILan yang menunjukkan keghairahan terhadap pilihanraya kecil tersebut. Sebelum ini ada ura-ura kuat bahawa keADILan berahi untuk meletakkan calon di situ.

Namun kini pengumuman rasmi menyatakan bahawa keADILan memberi jalan kepada DAP, tetapi untuk masa depan keadaan mungkin berlainan. keADILan akan menuntut kembali kerusi tersebut.

Pada masa yang sama, ada ura-ura bahawa keADILan akan membantu DAP untuk berkempen di Machap.

Jika ini menjadi kenyataan, maka pendirian keADILan memboikot pilihanraya seperti yang diumumkan semasa Pilihanraya Kecil Batu Talam akan dengan sendirinya terbatal. Atas sebab apa, pendirian boikot ini dibatalkan? Apakah ia sedari awal benar-benar merupakan satu pendirian tegas atau sekadar demi keuntungan jangka pendek?

Pada hemat saya, keADILan seharusnya tegas dalam menghadapi mana-mana pilihanraya. Sebagai pembawa obor perjuangan rakyat, keADILan tidak boleh beralih pendirian dengan sekelip mata. Sekiranya perlu dirobah keputusan sebelum ini, perlu ada penjelasan dan hujahan yang mantap untuk menyokong perubahan tersebut.

Tanpanya, kredibiliti kita sebagai pembawa obor perjuangan rakyat akan dipersoalkan. Apakah mungkin kita sebenarnya bukan pembawa obor tetapi sekadar parti obor-obor (jellyfish) yang tidak mempunyai tulang belakang?

Aduh!

Friday, March 30, 2007

Reformasi meyeluruh di seluruh negara

Tengahari tadi saya terserempak dengan seorang pensyarah UiTM yang memainkan peranan yang cukup penting dalam mempengaruhi perkembangan pemikiran saya khususnya dalam bidang politik. Setelah sekian lama beliau 'terbuang' ke kampus cawangan kerana penglibatan aktif beliau di dalam badan bukan kerajaan dilihat mengancam kepentingan kelompok 'the powers that be' di UiTM, beliau kembali ke Shah Alam.

Pensyarah ini dan seorang temannya, seorang Profesor di UiTM sangat prihatin dengan perkembangan keADILan dan bertanyakan pelbagai perkara kepada saya. Malah beliau berkata, "Aku pun selalu baca blog hang."

Saya terharu. Tidak saya sangka beliau memberi perhatian untuk membaca blog saya ini.

Sedari awal, pensyarah ini mempunyai pandangan bahawa kepentingan Melayu hanya dapat dipelihara melalui UMNO. Atau sekurang-kurangnya hanya UMNO yang cukup mantap untuk memainkan peranan berkesan di dalam bidang ini. Saya agak jengkel apabila sebelum-sebelum ini beliau sering bercakap seolah-olah Anwar Ibrahim dan ahli-ahli lain akan kembali kepada UMNO dan sekaligus keADILan terkubur.

Saya merasa jengkel kerana mengambilkira pengalaman dan pengetahuan politik beliau yang saya tanggap tinggi dan hebat, pandangan itu meresahkan saya. Takut-takut kata-katanya menjadi ramalan yang akhirnya menjadi hakikat.

Namun saya kemudiannya berfikir tidak mengapa sekiranya keADILan bekerjasama dan bergabung dengan mana-mana badan atau parti politik sekalipun, termasuk Barisan Nasional. Namun kerjasaman dan gabungan itu bukan semberono, tetapi sebaliknya bersyarat.

Mengambil pendirian bahawa kita menentang BN bukan kerana namanya BN dan bukan kerana nama ketuanya Abdullah Badawi, kemungkinan ini tidak boleh ditolak begitu sahaja. Penentangan kita ialah terhadap kerja-buat mereka, terhadap dasar mereka yang anti-rakyat, yang rasuah dan zalim.

Sekiranya mereka ini mahu meninggalkan semua perbuatan ini, apa salahnya kita mencari jalan untuk ruang dan bentuk kerjasama yang lebih meluas. Tambahan pula, Anwar Ibrahim dan gelombang reformasi seharusnya memimpin seluruh rakyat Malaysia ke arah perubahan dan bukan sekadar memimpin separuh atau sebahagian rakyat Malaysia semata-mata.

Justeru adalah penting untuk kita menggerakkan reformasi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO juga.

Ada pandangan lain?

Thursday, March 29, 2007

Berikan yang terbaik untuk masa depan

Saya berterima kasih kepada pemberi komen terhadap entri "Amanah Baru" saya, meski beliau tidak mendedahkan nama.

Namun saya kira untuk mengatakan Shah Alam sebagai Bahagian terkuat keADILan dahulu mungkin akan berlaku tidak adil kepada teman-teman lain yang tekun memperkukuhkan Bahagian-Bahagian di seluruh negara. Mungkin antara yang terkuat.

Saya juga berterima kasih dengan cadangan-cadangan yang diberikan, yang saya penuh yakin si penulis sendiri menjadikannya sebagai amalan rutin beliau selama ini dalam usaha memperkasakan parti.

Saya akan cuba laksanakan setakat yang terdaya. Namun dalam pada itu, cadangan agar menjadikan rumah saya sebagai Pusat Komuniti keADILan Shah Alam mungkin tidak praktikal buat masa ini kerana saya sendiri tinggal di rumah flat dan keluar masuk ke kawasan rumah saya itu dikawal. Justeru mungkin sukar untuk orang ramai berkunjung.

Saya bagaimanapun mempunyai angan-angan besar untuk mendapatkan sebuah rumah atau pejabat untuk dijadikan pusat aktiviti. Namun ketiadaan sumber pembiayaan menjadi penghalang. Mungkin ada pula yang boleh memberi cadangan dan idea bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut?

Bagaimanapun saya akan memberi perhatian pertama-tamanya kepada mencari dan mengaktifkan semula ahli-ahli di Daerah Mengundi saya yang cukup ramai pada era awal keADILan. Mungkin mereka akan dapat membantu mengembalikan kegemilangan parti di Shah Alam.

Apa sekalipun saya yakin dengan kerjasama dan kerja bersama kita akan mampu melakukannya. InsyaALlah.

Dalam pada itu, saya mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan amanah kepada semua yang telah dipilih dan dilantik memegang jawatan di dalam parti untuk penggal 2007-2010. Terutamanya kepada rakan-rakan sebaya yang kini ramai memegang jawatan Ketua Angkatan Muda Bahagian dan malah Ketua Bahagian juga. Semoga dapat memberikan yang terbaik untuk masa depan negara kita.

Tuesday, March 27, 2007

Amanah baru

Sejak akhir tahun lalu, saya bergiat di Bahagian Shah Alam. Saya berpindah bahagian ke Shah Alam semata-mata kerana saya berpindah rumah dan tinggal di Shah Alam yang lebih dekat dengan tempat utama saya mencari rezeki.

Mesyuarat Angkatan Muda dan Bahagian Shah Alam pada 25 Mac lalu telah memberi amanah kepada saya sebagai Naib Ketua Angkatan Muda dan juga Ahli Jawatankuasa Bahagian. Saya orang baru di Shah Alam, meski sebahagian besar ahli-ahli di Shah Alam sememangnya sudah biasa dikenali. Justeru kepercayaan teman-teman di Shah Alam kepada saya amat mengharukan. Mungkin juga membimbangkan.

Saya bimbang untuk menerima amanah-amanah baru ini. Namun mengambilkira bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai EXCO Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Ketua Penerangan Keadilan Selangor akan tamat tidak lama lagi apabila Kongres Nasional diadakan pada 25 Mei depan, mungkin saya akan punya ruang yang lebih untuk memberi perhatian kepada tugas-tugas di Bahagian.

Saya berpegang kepada kepercayaan bahawa mana-mana ahli parti seharusnya memberi perhatian pertama-tama sekali kepada Bahagian sebelum bergiat aktif di Negeri atau Pusat. Malah penglibatan aktif di Bahagian seharusnya diberikan penilaian utama sebelum memberi kepercayaan kepada seseorang untuk pergi lebih jauh dan ke peringkat lebih tinggi.

Saya berharap akan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada Bahagian Shah Alam dengan kepercayaan teman-teman memberikan amanah ini kepada saya. Terima kasih dan bantulah saya untuk menyempurnakan amanah tersebut.

Friday, March 23, 2007

Boikot atau tidak?

Nampaknya ada beberapa pihak di dalam Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai keinginan untuk meletakkan calon di pilihanraya kecil DUN Machap atau sekurang-kurangnya mereka berhasrat untuk menampilkan suasana seolah-olah keADILan berminat untuk menyertai pertandingan tiga penjuru di kawasan yang lazimnya ditandingi oleh DAP itu.

Pada hemat saya tindakan begitu, meskipun sekadar untuk 'mengusik' atau 'mengajar' DAP yang sememangnya sering bertindak 'nakal' di dalam hubungan antara parti-parti alternatif dan pembangkang, adalah satu drama sia-sia.

keADILan seharusnya kekal teguh dengan pendirian boikot pilihanraya sekurang-kurangnya terhadap pilihanraya kecil yang sudah terbukti berulang kali sering menjadi medan penipuan dan helah Barisan Nasional (BN).

Cakap-cakap mengenai keinginan untuk bertanding sebegini sebenarnya menonjolkan citra keADILan sebagai tidak mempunyai pendirian atau bersikap 'flip-flop'. Ini yang digunakan oleh Najib Razak untuk menyerang parti pembangkang.

Sekiranya keADILan tidak mempunyai keputusan dan pendirian untuk memboikot pilihanraya yang dipenuhi penipuan sekalipun, tidak ada sebarang sebab untuk keADILan bertanding di Machap. Biarkan saja kepada DAP, kerana jika tidak DAP boleh saja menggunakan perkara tersebut sebagai alasan untuk 'mengusik' keADILan di kawasan-kawasan lain dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Pendirian boikot juga seharusnya diperjelaskan. Biar rakyat jelas dan pasti bahawa boikot kita hanya terhadap pilihanraya yang kotor dan dipenuhi penipuan, sehingga bagaimana sekalipun pilihan dan kehendak rakyat, yang pasti menang ialah calon yang dikehendaki oleh pemerintah.

Pilihanraya Umum tidak sebegitu buruk keadaan sebagaimana pilihanraya kecil. Justeru keADILan perlu menyatakan bahawa melainkan ada sebab-sebab yang nyata mengenai penipuan yang akan berlaku, keADILan akan meletakkan calon di dalam Pilihanraya Umum.

Saturday, March 17, 2007

Idea untuk Abdullah

Saya kira andainya Abdullah Badawi mempunyai rancangan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, rancangan itu mungkin terbantut. Bantut kerana timbalannya sendiri, yang merupakan watak utama menentang Mahathir di kampung halaman bekas PM itu, telah dituduh menerima rasuah. Kerja kotor yang dituduh dilakukan oleh Johari Baharom itu pula bukan calang-calang. Timbalan Menteri Keselamatan melepaskan penjenayah. Maka di mana keselamatan rakyat Malaysia?

Namun saya ada satu idea untuk Abdullah. Jika dilaksanakan, Abdullah boleh mengadakan pilihanraya dengan segara, yakin dan bergaya. Malah, dalam keadaan bursa saham yang sedang melambung-lambung meskipun di kala dunia menghadapi badai, Abdullah akan dapat meyakinkan pengundi bahawa dia bukan lemah dan dia bukan pula pembohong. Janji-janjinya, yang disertai senyum sumbing, dulu boleh dikatakan tertunai.

Mudah saja. Abdullah perlu segera memecat Johari dan Zulkipli sehingga mereka dibuktikan tidak bersalah. Di samping itu Abdullah perlu membuat komen-komen bahawa dia yakin mereka bersalah persis seperti yang dilakukan Mahathir terhadap Anwar dulu. Tetapi bezanya, Anwar adalah tokoh popular. Kerana itu Mahathir 'terbakar' akibatnya.

Tetapi di dalam keadaan sekarang, Johari dan Zulkipli bukan seorang yang popular. Malah rakyat secara umumnya lebih percaya mereka bersalah meskipun belum terbukti. Justeru jika Abdullah mengikut arus atau rasa hati rakyat ini, dia akan menjadi popular.

Menteri datang, menteri pergi. Di dalam politik, tidak ada kawan selama-lamanya dan tidak ada musuh selama-lamanya. Abdullah saya pasti sangat lebih maklum akan perkara ini. Kerana itu beliau perlu berhati-hati sebelum pihak-pihak yang bermusuhan bertukar menjadi kawan dan menghadapi beliau sebagai musuh yang satu.

Apakah ada yang mustahil dalam politik?

Thursday, March 08, 2007

Dakwaan cuba membunuh terhadap Tian Chua satu tindakan CELAKA

Adalah menjadi satu kecelakaan terhadap undang-undang negara ini apabila ia dimanipulasi dalam tindakan pendakwaraya membuat tuduhan bahawa Tian Chua cuba membunuh ketika menghalang tindakan merobohkan rumah penduduk di Kampung Berembang.

Bagaimana dengan tindakan polis menyebat, merotan, memukul sehingga cedera, menembak gas pemedih mata dan air asid, menggari degan cara yang salah dan mengheret rakyat yang membantah secara aman terhadap tindakan kezaliman rejim Barisan Nasional?

Apakah mereka juga cuba membunuh?

Saya kira ini adalah petanda betapa rejim Abdullah sebenarnya berbeza daripada rejim Mahathir. Di dalam keresahan dan kegelisahan untuk mencari jalan menzalimi rakyat, mereka melakukan perkara yang di luar akal. Mungkin kerana Perdana Menteri sendiri seorang yang lembam dan menghadapi fikiran tercabar.

Namun ia tidak menjadikan rejim Mahathir kurang zalimnya apabila polis digunakan untuk berulang kali cuba membunuh Anwar Ibrahim.

Tuesday, March 06, 2007

Kematian boleh berlaku di mana-mana

Semalam berita televisyen menyiarkan kenyataan Chua Soi Lek bahawa kematian di kem-kem Latihan Khidmat Negara bukan sesuatu yang luar biasa. Kata beliau, "kematian akan berlaku di mana-mana".

Sebagai seorang Muslim yang percayakan kepada Qada' dan Qadar, saya percaya saat kematian telah ditetapkan oleh ALlah. Namun ALlah juga mengingatkan hambanya bahawa "ALlah kasih kepada kamu, maka janganlah kamu campakkan diri ke dalam kebinasaan."

Justeru manusia tidak boleh dengan sengaja mencari maut dengan alasan jika saat ajalnya belum tiba, dia tidak akan mati. Begitu juga apabila kem-kem latihan ini ternyata tidak selamat dan membahayakan nyawa, maka peserta tidak sewajarnya ke sana, pemerintah tidak boleh memaksa mereka tinggal di kem-kem tersebut dan ibu bapa bertanggungjawab menghalang anak-anak mereka daripada dihantar ke kem-kem yang bahaya itu.

Jika mengikut teori Soi Lek, maka kempen keselamatan jalanraya adalah sia-sia semata-mata. Membazirkan wang dan tenaga. Biarkan saja orang ramai berlumba-lumba di jalanraya kerana sekiranya ajal mereka belum tiba, sudah tentu mereka tidak akan mati kemalangan. Tetapi jika ajal mereka sudah tiba, mereka tidak berada di atas jalanraya pun akan mati.

Saya sebenarnya bimbang dengan teori dan pola pemikiran Soi Lek. Bagaimana seorang yang singkat akal seperti beliau dan cuba melepaskan kerajaan daripada tanggungjawab dengan meletakkan segalanya pada takdir boleh menjadi menteri? Mungkin kerana dia lebih cerdik daripada Perdana Menteri?

Monday, March 05, 2007

Polis tidak cukup bukti, jadi tahan tanpa bicara

Dakwaan bahawa Johari Baharom menerima RM 5.5 juta sebagai rasuah untuk membebaskan tiga orang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah satu dakwaan yang sangat berat. Berat kerana dia dituduh menerima wang rasuah yang begitu besar.

Namun pendedahan beliau mengenai sebab polis menahan orang di bawah Ordinan Darurat adalah kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah saya kira adalah lebih berat.

Saya sendiri pernah mengetahui dengan dekat bagaimana beberapa remaja di Bandar Tun Razak ditangkap dan dihantar ke Simpang Renggam kerana dituduh terlibat dalam kegiatan ragut. Polis ternyata tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka, lalu mengambil jalan mudah menahan mereka di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Pencegahan) tanpa bicara.

Keluarga mereka cuba mendapatkan bantuan guaman. Tetapi untuk mencabar keputusan penahanan tersebut memerlukan mereka memfailkan writ Habeas Corpus. Belanja minimum untuk itu, saya dimaklumkan ialah RM 30 ribu setiap seorang.

Akibatnya keluarga berpendapatan rendah ini terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum anak mereka bebas kembali. Itupun jika polis dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak membuat keputusan menahan mereka lebih lanjut.

Sudah tiba masanya rakyat mendesak kerajaan untuk menghapuskan semua kuasa untuk menahan dan membebas seseorang tanpa bicara yang diberikan kepada menteri. Doktrin pengasingan kuasa dengan jelas memisahkan peranan antara Eksekutif dan Kehakiman.

Tetapi peruntukan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat ini merampas tanggungjawab dan kuasa mahkamah dan diberikan kepada Eksekutif, yakni Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikuatkuasa oleh polis. Ternyata ia bertentangan degan doktrin asas sistem bernegara kita.

Seorang mesti dibuktikan bersalah sebelum dia boleh dihukum dan dipenjara. Tetapi keadaannya sekarang seseorang itu mesti membuktikan dirinya tidak bersalah sebelum mendapat kebebasan.

Keadaan ini bukan sekadar membuktikan Malaysia negara polis, tetapi sebenarnya kerajaan Barisan Nasional yang memerintah tanpa henti sejak Merdeka ialah kerajaan zalim terhadap rakyatnya sendiri.

Sunday, February 25, 2007

Apakah kerajaan?

Dua hari lepas Abdullah Badawi membuat kenyataan menafikan bahawa Indeks Komposit Bursa Kuala Lumpur meningkat kerana campur tangan kerajaan.

Saya yakin Abdullah percaya penuh dengan kenyataannya itu. Ini kerana pada anggapannya PNB, KWSP, Tabung Haji, KWAP, Khazanah Nasional, Menteri Kewangan diPerbadankan dan semua dana dan syarikat besar yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan tidak menjadikan mereka kerajaan.

Ini sebagaimana beliau menganggap tindakan Penerbangan Malaysia Berhad membeli pesawat mewah untuk disewakan bagi kegunaan beliau bukan bermakna kerajaan yang membeli, tetapi hanya PMB.

Mungkin pada pandangan Abdullah, kerajaan hanya bermaksud Abdullah Badawi, Kamaluddin, Nori, Khairy Jamaluddin dan isteri barunya atau bakal isteri barunya. Itu sahaja kerajaan di negara ini - keluarga Perdana Menteri yang sibuk membolot kekayaan negara.

Wednesday, February 21, 2007

Menara Tinjau Polis tidak selamat

Utusan Malaysia hari ini 21 Februari 2007 melaporkan bahawa 5 menara tinjau sepanjang jalan persekutuan untuk PDRM meninjau trafik adalah tidak selamat.

Apakah 5 ini sebahagian daripada menara yang sebelum ini dilaporkan bernilai RM70,000 sebuah? Lihat Rumah Mewah di tepi Lebuhraya.

Namun di dalam laporan Utusan ini nilainya dikatakan kurang RM100,000 sebuah. Maknanya daripada bernilai RM1 sehingga RM 99,999. Namun jika sebelum ini diletakkan RM 70 ribu, tetapi sekarang kurang RM100 ribu maka kemungkinan besar melebihi RM70 ribu sebuah.

Apa ini? Menara tinjau bagaimana yang hendak dibina? Lebih mahal daripada rumah kos sederhana.

Friday, February 16, 2007

Don't cross the line!

Daripada puing-puing kemusnahan, daripada api yang membakar bangkit jentayu.

Justeru hiruk-pikuk dan kelam kabut yang berlaku akibat perletakan jawatan Ezam Mohd Nor saya anggap sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat untuk keADILan. Saya semestinya menaruh harapan besar untuk beliau menarik balik keputusan tersebut.

Sememangnya keadaan ini bisa melumpuhkan, bisa memparahkan parti kita yang masih muda. Namun jika kita bersedia, mahu dan mampu mengendalikannya dengan baik maka kita akan dapat meraih kebaikan.

Perbezaan pendapat memang sentiasa akan wujud. Percanggahan pendekatan adalah sunnah orang berorganisasi. Namun seperti kata Anwar Ibrahim kepada Angkatan Muda Keadilan semalam (15 Februari 2007), "jangan melanggar batasan. Don't cross the line."

Namun di mana garis sempadan yang terlarang dilanggar itu?

Saya kira mungkin ramai yang tidak tahu dan ramai pula yang tergoda untuk melanggar larangan dan melakukan perkara yang ditegah. Bukankah kita keturunan Adam yang termakan godaan Iblis sehingga memakan buah Khuldi yang jelas tegahannya dan natijahnya terbuang ke bumi?

Itu buah khuldi yang nyata dan terang. Sekarang kita berhadapan dengan garis sempadan yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir.

Kata Anwar lagi, "apabila kita beristighfar, kita akan menjadi lebih merendah diri."

Monday, February 12, 2007

Syed Husin Ali untuk Timbalan Presiden

Mesyuarat Perhubungan keADILan Selangor semalam (11 Februari 2007) mengambil keputusan untuk Bahagian-bahagian di seluruh Selangor mencalonkan Anwar Ibrahim untuk jawatan Presiden dan Syed Husin Ali dicalonkan semula untuk Timbalan Presiden.

Rumah mewah di tepi lebuhraya

Media massa melaporkan kenyataan Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan mengenai pembinaan menara tinjau untuk polis mengawasi trafik di sepanjang lebuhraya dan jalan utama di seluruh negara.

Menara kali ini binaan kekal berbanding menara sementara sebelum ini.

Kos sebuah menara ialah RM70 ribu! Lebih hebat daripada sebuah rumah lengkap kos rendah dan sederhana. Kenapa begitu mahal sebuah menara kecil sebegitu? Apakah akan dibina lengkap dengan tandas, ruang tamu dan dapur?

Bina sahaja balai polis di tepi lebuhraya!

Negara mewah, rakyat papa

Media massa kebelakangan ini memaparkan mengenai keadaan negara kita Malaysia yang dikatakan semakin mewah dan kaya. Baca entri sebelum ini: Beraja di mata, Bersultan di hati. Namun berita TV3 semalam (11 Februari 2007) memaparkan mengenai keperitan rakyat Malaysia yang terpaksa meminjam wang daripada ah long. Antara perkara yang dibangkitkan ialah pengurangan jumlah bank daripada 38 kepada hanya 10 akibat dasar penggabungan bank dan institusi kewangan.

Perkara dasarnya ialah rakyat Malaysia kesempitan wang sehingga terpaksa meminjam daripada ah long. Berlawanan sekali dengan media spin New Straits Times sebelum ini bahawa rakyat Malaysia kaya dan berbelanja besar di gerai tepi jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saturday, February 10, 2007

Beraja di mata, Bersultan di hati

Media massa kebelakangan ini melaporkan mengenai keadaan Malaysia yang kaya raya dan mewah. Rizab luar negara meningkat, GDP dijangka meningkat, dagangan negara mencecah RM 1 trillion.

Malah New Straits Times pergi lebih jauh mengatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebihan wang dan kerana itu aktiviti perniagaan runcit semakin meningkat. Contoh yang diberikan ialah pengunjung di gerai-gerai sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman semakin ramai.

Media Spin ini saya percaya tidak lain tidak bukan ialah untuk mengabsahkan atau meredhakan kenaikan kadar elektrik, petrol, air dan tol secara berturut-turut seperti yang menimpa rakyat khususnya di Lembah Klang baru-baru ini.

Jika rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang kaya raya sehingga mereka mampu berbelanja dengan lebih aktif di gerai Jalan Tuanku Abdul Rahman, apa salahnya mereka memberi lebih banyak kepada kerajaan dan syarikat-syarikat kroni.

Ketika negara mewah dan kaya raya, apa salahnya Perdana Menteri berbelanja besar membeli jet mewah dan hidup mewah dengan kapal layar yang dihadiahkan oleh seorang tokoh korporat Malaysia yang sudah tentu mendapat untung bertambah-tambah sekarang kerana perniagaan yang semakin berkembang dan menguntungkan?

Saya kira tidak lama lagi, Abdullah perlu memerintahkan rakyat untuk mempersembahkan beliau hadiah-hadiah yang mewah dan hebat sebagai tanda terima kasih mereka kepada beliau sebagaimana kapal layar mewah dihadiahkan. Baru sempurna untuk Abdullah Beraja di mata, Bersultan di Hati.

Namun, apakah benar rakyat Malaysia semakin kaya dan mewah?

Atau apakah peningkatan pengunjung ke gerai di Jalan Tuanku Abdul Rahman ialah kerana penduduk Lembah Klang kini hanya mampu berbelanja di gerai-gerai dan tidak lagi di kompleks membeli-belah?

Thursday, February 08, 2007

Gambar Protes di IOI Mall


Lau, wartawan Suara Keadilan mengirimkan saya gambar ini. Di berbaju belang terbaring di tanah setelah diasak oleh polis dalam Protes Tol di IOI Mall, Puchong 4 Februari lalu.

Saya berbaju biru, cuba menghalang polis daripada membelasah beliau. Sejurus kemudian, leher saya dipaut oleh seorang polis berpakaian preman sebelum beberapa lagi menarik saya, terus mendudukkan saya ke tanah dan menggari tangan saya ke belakang.

Berulang kali saya katakan, "Polis tidak perlu ganas!"

Tangkap boleh tangkap kerana mereka ada kuasa, tetapi kenapa perlu ganas terhadap rakyat yang tidak melawan?

Monday, February 05, 2007

Lihat Kuasa Rakyat!

Pada 4 Februari 2007, saya ditahan di perkarangan IOI Mall, Puchong dalam perhimpunan rakyat membantah TOL. Saya ditahan, digari ke belakang dan dibawa ke Balai Polis Puchong di dalam trak polis.

Saya kira keadaan yang berlaku, ramai yang sudah maklum. Keganasan segelintir anggota polis terhadap rakyat juga sudah menjadi lumrah yang sedia diketahui.

Namun dalam perhimpunan semalam, perbezaan yang paling ketara ialah keteguhan hati rakyat untuk kekal di hadapan Balai Polis Puchong sehingga kesemua mereka yang ditahan dibebaskan kira-kira jam 8.30 malam, meskipun mereka diancam oleh Pasukan 4 FRU yang lengkap dengan meriam (water cannon) dan anjing.

Dalam perhimpunan itu juga, sebahagian besar ialah kalangan masyarakat Tionghua. Ini adalah satu perkembangan, bagi saya, yang paling menarik. Ia menunjukkan kemarahan rakyat terhadap BN semakin meningkat akibat kehidupan mereka yang semakin disempitkan.

Berbeza dengan perhimpunan di Cheras sebelum ini, kelompok kali ini jauh lebih besar. Beberapa faktor boleh dikenalpasti menjadi penyebab. Saya kira yang utama ialah usaha keADILan Selangor menggerakkan ahli dan penyokong di seluruh negeri. Kerana itu yang ditahan hampir semuanya adalah ahli dan penyokong keADILan, malah seorang daripada mereka kekal memegang bendera keADILan sehingga akhir.

Saya cenderung memikirkan bahawa leih ramai orang yang hadir kerana marah dengan keganasan tidak perlu polis di Cheras-Kajang dulu. Benarkah begitu?

Namun masih banyak yang kita perlu lakukan. Sebaran maklumat dan usaha meningkatkan kesedaran rakyat perlu digiatkan. Suatu perkara yang perlu kita tangani ialah sikap mudah kalah (defeatist) yang cuba disemai di kalangan rakyat bahawa mereka tidak mungkin melakukan perubahan.

Seperti kata Dato' Seri Anwar: Kamu boleh buat apa yang kamu mahu kerana kamu ada kuasa. Tetapi sekarang rakyat akan tunjukkan kuasa mereka." Justeru kita mesti pastikan KUASA RAKYAT ditunjukkan.

Nantikan... Akan datang perhimpunan rakyat yang lebih besar membantah tol!

Sunday, February 04, 2007

Jawab jangan tak jawab!

Malam tadi (3 Februari 2007), saya hadir di Taman Medan untuk satu rapat umum yang sepatutnya diadakan di padang. Tetapi pada sebelah paginya, pihak berkuasa telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat untuk meletakkan penghalang konkrit di setiap pintu masuk ke padang tersebut yang sememangnya berpagar.

Anwar Ibrahim sepatutnya berceramah selepas Sivarasa, Tan Sri Khalid, Ezam, Roslan SMS. Tetapi kesemua mereka ditegah daripada menyampaikan ucapan. Ini menyebabkan orang ramai gelisah. Anwar sendiri berunding dengan OCPD yang bertegas mengatakan adalah menjadi kuasa beliau untuk memberi kebenaran atau menghalang program tersebut. Segala hujah enggan didengari beliau kerana pegawai SB di sebelahnya tetap memberi isyarat menghalang.

Akhirnya Anwar memberi kata dua, "kamu boleh buat apa yang mahu kerana kamu ada kuasa. Tetapi sekarang rakyat akan tunjukkan kuasa mereka." OCPD tergamam tidak menjawab.

Sekaligus beliau menuju ke arah lori yang dijadikan pentas ceramah. Ezam segera memulakan ucapan. Akhirnya pihak polis mengalah dengan kuasa rakyat dan memberi kebenaran 10 minit untuk Anwar seorang sahaja berucap.

Di dalam ucapannya Anwar mengatakan, "Abdullah Badawi mesti dengar. Najib mesti lebih-lebih lagi dengar. Khir Toyo... tak payahlah." (menunjukkan Khir Toyo yang terlalu sibuk dengan mekap dan mencantikkan muka tidak penting sama sekali).

Isunya ialah mengenai pembelian kapal layar mewah Cobra King dan pembelian kapal terbang termaju untuk antara lain kegunaan Abdullah. Berkenaan Najib pula ialah mengenai proksinya, Razak Baginda yang menerima lebih RM500 juta komisen untuk pembelian senjata. Selain itu isu pembunuhan kejam Altantuya yang dituduh melibatkan pegawai keselamatan Najib.

Ucapan Anwar disambut oleh desakan rakyat agar Abdullah dan Najib bukan sekadar mendengar tetapi juga menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

Amacam, ada berani?

Saturday, February 03, 2007

Sudah terbit! Selangor Baru

Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor telah menerbitkan suatu risalah berkala dengan nama SELANGOR BARU. Keluaran pertama ialah Januari 2007.

Sebanyak 10,000 naskhah telah diedarkan ke seluruh negeri Selangor. Namun jumlah ini sudah barang tentu tidak mencukupi. Kerana itu mereka yang menerimanya diharap dapat membuat salinan untuk diedarkan kepada saudara mara, jiran-jiran dan teman. Ia dalam saiz A3, satu warna yang mudah difotostat.

Di samping itu, sesiapa yang ingin mendapatkan SELANGOR BARU di dalam format pdf (saya namakan SELANGOR BARU versi Digital) sila hubungi saya di e-mel ahmadyamani@gmail.com atau tinggalkan alamat e-mel anda di ruangan comments di bawah.

Versi Digital dalam format pdf ini mudah dimuat turun dan dibaca menggunakan Acrobat Reader. Ia juga boleh dicetak. Saiz asal ialah 2 muka A3 atau 4 muka A4. Jika dicetak pada saiz A4 landscape, hanya dua mukasurat. Meskipun kecil tulisannya, ia masih boleh dibaca.

Saya pohon kerjasama semua untuk menyebarkan maklumat dengan cara ini. Semoga ia dapat memberi sumbangan ke arah membina kesedaran di kalangan rakyat dan menegakkan kerajaan Adil di negara kita.

Antara isu menarik ialah penjelasan mengenai boikot pilihanraya oleh Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim, isu OSA dan tol oleh Ezam Mohd Nor di samping berita mengenai rasuah komisen pembelian senjata dan sudah tentu kes Altantuya.

Thursday, February 01, 2007

OSA: Rakyat mesti bertindak

Tindakan polis memulakan siasatan terhadap empat orang -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dr. Hatta Ramli, Ronnie Liu dan Tian Chua berikutan laporan polis mengenai 'kecurian' dokumen 'rahsia' perjanjin konsesi lebuhraya adalah sesuatu yang benar-benar memalukan Malaysia.

Tatkala beribu-ribu lagi laporan polis, khususnya yang menyentuh amalan korup pemimpin BN, tidak dipedulikan; polis mampu bertindak pantas terhadap laporan polis oleh beberapa orang yang mendakwa mewakili mahasiswa ini.

Saya kira sudah sampai masanya rakyat bertindak, terutamanya dalam menghadapi penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Sekarang OSA sama sekali tidak melindungi keselamatan negara, malah ia mengancam kepentingan negara. OSA hanya sekadar untuk melindungi pemimpin BN dan kroni, seperti di dalam kes Ezam Mohd Nor yang mendedahkan dokumen BPR mengenai siasatan terhadap Rafidah Aziz dan Rahim Tamby Chik.

Kita mesti mengusahakan satu gerakan aktif di seluruh negara dan peringkat antarabangsa untuk menghapuskan OSA, dan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat.

Wednesday, January 31, 2007

PROTES Besar-besaran 4 Februari

Protes membantah tol pada 4 Februari ini di IOI Mall, Puchong dijangka akan menjadi satu protes besar-besaran. keADILan Selangor telah menggerakkan jentera di seluruh negeri. Begitu juga keADILan Wilayah Persekutuan.

Bantahan kali ini bukan sekadar terhadap kenaikan kadar tol, tetapi terhadap keganasan polis membelasah rakyat semasa protes pada 21 Januari lalu di Cheras. Selain itu protes ini juga adalah terhadap tindakan BN memperalatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyembunyikan kandungan perjanjian konsesi lebuhraya antara kerajaan dengan syarikat lebuhraya.

Apa yang mahu disembunyikan? Kenapa rakyat dinafikan hak mereka?

Hanya KUASA RAKYAT akan dapat menghadapi sikap BN ini!

Najib tunggu apa atau siapa?

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Najib Razak menyatakan perlu menunggu selama setahun untuk memastikan harga petrol di pasaran dunia benar-benar stabil sebelum penurunan harga petrol dunia ini dapat dinikmati manfaatnya oleh rakyat Malaysia dalam bentuk penurunan harga runcit petrol.

Apabila harga petrol dunia naik dahulu, BN tanpa bertangguh menaikkan harga runcit petrol. Sekarang kenapa tunggu sehingga setahun?

Tunggu sampai kes Altantuya selesai ke?

Tuesday, January 23, 2007

Ezam arah Selangor bersiap untuk Protes tol besar-besaran

Rakyat negeri Selangor perlu bersedia untuk suatu perhimpunan besar-besaran bagi menuntut ketelusan dalam perjanjian konsesi tol, protes terhadap kenaikan tol dan membantah tindakan ganas polis terhadap peserta protes sebelum ini di Cheras pada 21 Januari lalu.

Ezam Mohd Nor, Timbalan Pengerusi keADILan Selangor telah mengarahkan aktivis keADILan di seluruh negeri untuk bersiap sedia bagi tujuan tersebut. Usaha keADILan ini adalah sebagai sokongan kepada Gabungan Protes Kenaikan Tol (Protes).


Kenyataan Media
23 Januari 2007

Bantahan tol: keADILan Selangor kutuk tindakan ganas polis;
gesa rakyat bersedia untuk perhimpunan besar-besaran


Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas polis menyerang, memukul dan mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman untuk membantah kenaikan kadar tol di Batu 11, Cheras pada 21 Januari 2007.

Tindakan ganas ini sama sekali tidak perlu dan melampau ketika rakyat hanya sekadar melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan untuk berhimpun secara aman mempertahankan hak mereka. Para peserta perhimpunan tidak melakukan sebarang kekacauan dan ia sama sekali tidak menghalang lalulintas.

Sebahagian besar peserta perhimpunan ialah penduduk tempatan dari Taman Mahkota, Cheras yang tidak mempunyai jalan alternatif keluar daripada kawasan perumahan mereka selain daripada melalui lebuhraya dan terpaksa membayar tol.

Langkah Barisan Nasional memperalatkan polis untuk bertindak ganas sebegini tidak akan melemahkan semangat rakyat untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, keADILan Selangor menyatakan komitmen penuh untuk memberi sokongan padu dan kerjasama kepada Gabungan Protes Kenaikan Tol (Protes) dalam usaha mereka.

keADILan Selangor juga telah menggerakkan jenteranya di seluruh negeri Selangor sebagai persediaan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menuntut ketelusan di dalam pengendalian perjanjian konsesi tol, membantah kenaikan kadar tol dan tindakan BN menjadikan Malaysia negara polis dalam menangani kebangkitan suara rakyat.


Ezam Mohd Nor
Timbalan Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor

Sunday, January 21, 2007

Naik rakyat tanggung, turun kerajaan untung

Abdullah Badawi bertegas bahawa harga runcit petrol dan diesel di negara ini tidak akan diturunkan meskipun harga petroluem di pasaran dunia sudah merosot kepada paras bawah US$50 setong.

Alasannya ialah, "Seperti yang anda tahu, harga minyak selalunya berubah-ubah. Dalam hal ini adalah lebih baik kita berhati-hati kerana kita tidak tahu sama ada harga minyak sekarang benar-benar sudah turun dan tidak akan naik lagi atau kemungkinan akan naik semula."

Tatkala harga petroluem dunia meningkat sehingga melebihi US$70, Abdullah tanpa bertangguh memindahkan beban kenaikan harga ini terus kepada rakyat dengan menaikkan harga runcit. Pada masa itu beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk menunggu dan lihat apakah kenaikan itu sementara atau berpanjangan.

Saya kira Abdullah telah berterus terang bahawa sebarang kenaikan harga perlu ditanggung oleh rakyat dan sebarang penjimatan akibat penurunan harga akan diambil oleh kerajaan untuk membiayai projek Barisan Nasional.

Sungguh bijaksana!

Naik rakyat tanggung, turun kerajaan untung

Abdullah Badawi bertegas bahawa harga runcit petrol dan diesel di negara ini tidak akan diturunkan meskipun harga petroluem di pasaran dunia sudah merosot kepada paras bawah US$50 setong.

Alasannya ialah, "Seperti yang anda tahu, harga minyak selalunya berubah-ubah. Dalam hal ini adalah lebih baik kita berhati-hati kerana kita tidak tahu sama ada harga minyak sekarang benar-benar sudah turun dan tidak akan naik lagi atau kemungkinan akan naik semula."

Tatkala harga petroluem dunia meningkat sehingga melebihi US$70, Abdullah tanpa bertangguh memindahkan beban kenaikan harga ini terus kepada rakyat dengan menaikkan harga runcit. Pada masa itu beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk menunggu dan lihat apakah kenaikan itu sementara atau berpanjangan.

Saya kira Abdullah telah berterus terang bahawa sebarang kenaikan harga perlu ditanggung oleh rakyat dan sebarang penjimatan akibat penurunan harga akan diambil oleh kerajaan untuk membiayai projek Barisan Nasional.

Sungguh bijaksana!

Sunday, January 14, 2007

Kerajaan BN yang nyanyuk

Berita melaporkan bahawa Hishamuddin Hussein melawat Raub semalam (Sabtu, 13 Januari 2007). Ternyata bagi Hisham, kempen politik di Batu Talam adalah lebih penting daripada memberi perhatian kepada penduduk negeri asalnya -- Johor yang dilanda bencana. Mungkin juga Hisham fikir dia adalah orang Pahang kerana pertalian isterinya.

Banjir sering kita anggap sebagai bencana. Tetapi barang perlu diingat, hakikatnya banjir ialah Sunnatullah yang merupakan komponen penting sistem alam kita. Di sesetengah tempat, banjir dilihat sebagai rahmat kerana ia menyuburkan lembangan sungai untuk pertanian. Namun manusia seringkali percaya bahawa ia mampu melakukan apa sahaja.

Justeru kebijaksanaan umum agar rumah tidak dibina di lembah banjir diketepikan. Maka pihak berkuasa memberikan kebenaran untuk kawasan perumahan dibina di kawasan-kawasan rendah ini.

Kawasan yang sering banjir kilat di Shah Alam misalnya terletak di tebing Sungai Damansara yang sememangnya rendah. Kawasan Sungai Isap di Kuantan pula sememangnya kawasan rendah yang sering dilanda banjir.

Memang tabiinya kawasan ini ialah ia akan banjir. Jika dahulu ia sangat bagus untuk kesuburan tanah. Tetapi apabila manusia membuat keputusan untuk membina penempatan di kawasan rendah, banjir tidak akan takut dan pergi begitu sahaja. Ia akan kembali dan terus kembali. Kerana itu tabii kawasan tersebut.

Banjir di Pantai Timur secara meluas adalah fenomena alam yang pada skala besar. Pada hemat saya, ia tidak boleh dicegah terus. Kerana itu penduduk di sana sentiasa bersedia apabila tiba masanya. Saudara mara saya di Kota Bharu yang tinggal di tebing sungai, memang saban tahun bersedia.

Terdapat ikhtiar manusia untuk mencegah banjir di kawasan rendah. New Orleans di Lousiana, Amerika Syarikat ialah sebuah bandaraya yang terletak di bawah paras laut, malah lebih rendah daripada paras dua sungai utama berdekatan. Justeru mereka membina tembok (levee) yang menghalang air. Tetapi ikhtiar manusia ini juga akhirnya gagal apabila taufan Katrina melanda. Kerosakan besar-besaran yang berlaku bukan kerana dilanda taufan, tetapi kerana hujan yang dibawa terlalu hebat sehingga levee tidak lagi dapat menahan air sungai yang meningkat, lantas levee pecah dan New Orleans ditenggelami. Tetapi sekurang-kurangnya ada ikhtiar.

Kerana itu, seorang EXCO Pahang mencadangkan satu sistem untuk menyedut keluar air yang masuk ke kawasan Sungai Isap setiap kali hujan lebat. Itu cadangan ikhtiar daripada beliau, meski saya sendiri kurang yakin dengan keberkesanannya.

Banjir di Johor baru-baru ini pula bukan kejadian rutin. Belum kita dengar Johor banjir dengan sebegini dahsyat. Penduduk memang tidak bersedia, kecuali di beberapa kawasan rendah berdekatan sungai. Namun bukan pula kejadian skala besar ini tidak diramal sama sekali. Sedari awal perkhidmatan kaji cuaca (Jabatan Meteorologi) telah memberi amaran.

Tetapi kerajaan tidak bersedia. Bilik Gerakan Kebangsaan tidak dibuka, pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam tidak dilantik. Malah jentera kerajaan sama sekali tidak digerakkan untuk bersedia menghadapi bencana. (Lihat entri saya: Pengurusan bencana yang compang camping dan kabinet tempang).

Mungkin pemimpin BN tidur, pergi melihat bot mewah yang bakal dilayari, memikirkan polis pengiring yang dituduh membunuh, atau seperti Hishamuddin Hussien sibuk melawat Raub tatkala negerinya ditenggelami air.

Oh ya! Mungkin Abdullah fikir dia masih Menteri Luar, kerana itu dia perlu selalu berada di luar negara, meski ketika negara menghadapi bencana. Mungkin juga seluruh kerajaan ini sudah nyanyuk dan tidak tahu apa nak dibuat.

Saturday, January 13, 2007

Pengurusan bencana yang compang-camping dan Kabinet tempang

Saya seperti seluruh rakyat negara ini simpati dengan keadaan yang dihadapi penduduk Johor apabila sekali lagi dilanda banjir. Parti Keadilan Rakyat seperti biasa sudah pasti akan menyalurkan bantuan semampu mungkin.

Namun pengurusan bencana alam kali ini adalah sangat lemah dan compang-camping. Saya masih ingat dulu wujud Jawatankuasa Bencara Alam Kebangsaan dan bilik-bilik gerakan yang bersiap sedia setiap kali menjelang hujung tahun khusus untuk menghadapi ancaman banjir.

Lazimnya dahulu Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini. Tetapi kali ini kita lihat kerajaan tidak peduli. Perdana Menteri terus berada di luar negara sepanjang bencana, termasuk banjir kali kedua ini. Mungkin Abdullah terlupa bahawa dia kini Perdana Menteri dan bukan lagi Menteri Luar. Mungkin juga Abdullah tidak sabar-sabar untuk ke luar negara lagi melawat bot layar mewah setelah berehat di Bordum tatkala musim sejuk. Kata Anwar Ibrahim tidak ada orang bercuti ke Bordum yang sangat sejuk ketika musim sejuk.

Pengendalian oleh Najib Razak juga nampaknya tidak berkesan. Mungkin kerana beliau terlalu sibuk memikirkan nasib pegawai-pegawai polis UTK yang pernah mengawal keselamatan beliau tetapi kini menghadapi tuduhan membunuh.

Zainudin Maidin pula meskipun adalah Menteri Penerangan tidak dilantik mengendalikan bencana ini. Ia mencerminkan tahap kepercayaan Kabinet yang sangat rendah terhadap beliau.

Hanya Shahrizat Jalil yang bersungguh-sungguh di Johor. Shahrizat telah sangat banyak belajar meskipun ketika saya hadir dalam dialog mahasiswa dengan beliau menjelang Pilihanraya Umum 1999, beliau tidak tahu menahu mengenai penduduk termiskin di dalam kawasan Parlimen beliau, Lembah Pantai. Mungkin ketika itu dia belum menjadi menteri, sekadar Setiausaha Parlimen.

Namun beliau terus-terusan merayu NGO dan orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa. Mungkin beliau mahu memberi peluang kepada rakyat membuat amal. Tetapi persoalannya apakah kerajaan tidak punya kemampuan untuk membantu mangsa? Ke mana pergi segala wang dan peruntukan. Saya kira jentera kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan NGO dan orang awam hanya memainkan peranan sokongan, khususnya di dalam mengenalpasti dan menangani kes-kes terpencil.

Pada hemat saya semua ini mencerminkan tahap kecekapan Kabinet Malaysia. Mereka sama sekali tidak kompeten. Mungkin Mohamed Rahmat perlu mengendalikan kelas untuk menteri-menteri ini. Cuma jangan pula diajar benda-benda 'lain' yang nakal.

Oh Malaysiaku!

Thursday, January 11, 2007

Tol: OSA untuk lindungi apa?

Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung dan Pengerusi Perhubungan Selangor, keADILan:

11 Januari 2007
Kenyataan Media

Dedahkan perjanjian konsesi lebuhraya demi kepentingan rakyat

Tindakan Barisan Nasional yang terus menafikan hak rakyat untuk mengetahui isi kandungan perjanjian konsesi lebuhraya di antara kerajaan dan syarikat-syarikat pengendali lebuhraya ialah petanda betapa BN tidak mempedulikan kepentingan dan masalah yang dihadapi rakyat.

BN (daripada petikan berita kenyataan Perdana Menteri Abdullah Badawi oleh STAR 10 Januari 2006) mencerminkan sikap mengutamakan bentuk mengatasi isi (form over substance) apabila bertegas mencari alasan bahawa perjanjian-perjanjian tersebut adalah rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Isu utamanya sekarang ialah kerajaan telah membuat kesilapan di dalam perundingan dengan syarikat-syarikat terlibat. Akibatnya rakyat menanggung penderitaan dengan membayar kadar tol yang terlalu tinggi.

Kesilapan kerajaan ini bukan sekadar ditunjukkan oleh parti-parti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan malah bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad sendiri membuat pengakuan mengenai kecuaian kerajaan (di bawah kepemimpinannya) dalam melakukan rundingan tersebut.

Perdana Menteri Abdullah Badawi seharusnya mengambil peluang ini untuk memperbetulkan kesilapan dan mengatasi kecuaian pemerintahan BN. Beliau seharusnya menerima desakan rakyat yang mahu didedahkan isi kandungan perjanjian tersebut sebagai tindakan rakyat membantu beliau ke arah itu.

Beliau perlu mengdeklasifikasikan dokumen-dokumen tersebut daripada status rahsia. Tidak ada sebarang kewajaran untuk menjadikannya dokumen rahsia sedangkan sebelum ini beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu orang telah membacanya. Ini kerana dokumen perjanjian tersebut yang menjadi asas kepada syarikat-syarikat konsesi untuk memohon pinjaman bank. Justeru ia sebenarnya ialah dokumen awam yang telah ditatap oleh kakitangan bank, termasuk bank-bank asing. Malah pengendali-pengendali lebuhraya terlibat perlu memfailkan dokumen-dokumen yang sama dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Kuala Lumpur apabila mereka melaksanakan proses mendapatkan dana daripada pasaran modal tempatan.

OSA itu sendiri ialah undang-undang ketinggalan zaman yang drakonian dan represif. Ia menyekat dan menafikan hak rakyat. Seringkali pemimpin BN menggunakannya untuk melindungi cara hidup rasuah dan korup mereka. Malaysia perlu bertindak memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act – FOIA) yang ternyata berkesan memerangi rasuah dan mempertahankan hak rakyat. Malah penggunaan akta ini di Britain telah mendedahkan amalan rasuah kerajaan BN di dalam skandal pembelian senjata dan bantuan untuk membina Empangan Pergau.

Negara-negara yang mempunyai peruntukan OSA sudah mula bertindak untuk mengembalikan hak rakyat kepada maklumat. Pelaksanaan FOIA di Britain ternyata berkesan, malah India telah bertindak meminda OSA pada tahun 2005.

Justeru keADILan menggesa Perdana Menteri Abdullah Badawi, pemimpin BN dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan amanah rakyat untuk tidak lagi berselindung di sebalik OSA dan mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat. Mereka tidak seharusnya memusuhi rakyat dan melakukan tindakan-tindakan anti-rakyat sedangkan rakyat mahu membantu kerajaan memperbetulkan kesilapan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Bendahari Agung


11 January 2007
Media Statement

Expose the toll concession agreement for the benefit of the Rakyat

The Barisan Nasional’s action to continue to deny the right of the people to know the content of the highway concession agreement between the government and the highway operators is a clear indication that BN has no interest about what is important for the people and the problems they are facing in life.

BN (based on Abdullah Badawi’s statement as reported by the Star on 10th January 2006) is more concerned about form over substance when they insist on finding reasons to defend that the agreements concerned are secrets under the Official Secrets Act (OSA). The main issue now is the government had committed a blunder in negotiations with the companies concerned. The people are now paying the price of this mistake in the form of high toll rates.

Not only the government’s mistake was pointed out by political parties and Non-Governmental Organisations (NGO) but also by none other than the former Prime Minister Mahathir Mohamad who admitted about the negligence of the government (under his leadership) in their conduct of those negotiations.

Abdullah Badawi should seize this opportunity to make right what is wrong and overcome the negligence of the BN led government. He should welcome the people’s demand that the content of the agreements be made public as an effort to help him towards that.

I implore on him to immediately declassify the documents from the official secrets status. There is no reason whatsoever to keep it as a secret when hundreds, perhaps thousands of people have read the documents. This is so since the agreements was the basis supporting the toll operators’ loan applications from banks. Thus, it is in fact a public document that has been read by banks staffs, including foreign ones. The toll operators would also have to file the documents with the relevant authorities such as the Securities Commission and the Bursa Kuala Lumpur if they raised capital from the local capital market.

The OSA itself is a draconian and repressive law that belongs only in history. It denies the people’s rights. Often BN leaders use it as protection and to cover up their corrupt lifestyle. Malaysia must act swiftly to introduce a Freedom of Information Act (FOIA) which has been proven effective in combating corruption and defending the people’s rights. The use of such law in Britain has exposed the BN corrupt practice in the case of the arms purchase deal in return for aid to build the Pergau Dam.

Countries which inherited the OSA have taken steps to restore the people’s right to information. The implementation of FOIA in Britain was truly effective and India has also amended the OSA in 2005.

keADILan urges that Abdullah Badawi, BN leaders and civil servants who are holding the responsibility to carry out the people’s trust to manage the country, to stop using the OSA as cover and expose the facts. They should not make the people as their enemy and do anti-people actions whereas the people sincerely wish to help the government to right the wrongs they have committed.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Treasurer

BOIKOT!

Malam tadi (10 Januari 2006) saya berada di Batu Talam untuk pengisytiharan bahawa Barisan Alternatif sepakat untuk tidak meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Batu Talam nanti.

Keputusan ini bukan mencerminkan tindakan memboikot pilihanraya dan sistem demokrasi. Cuma yang ditolak dan diboikot ialah pelaksanaan pilihanraya yang kotor dan dipenuhi penipuan.

Ia keputusan berprinsip menolak kepincangan dan penipuan di dalam pengendalian pilihanraya di Malaysia. Ia sebagai mempertahankan hak dan maruah rakyat Malaysia yang tidak mahu lagi diperdaya dan dinafikan pilihan mereka pada hari mengundi.

Keberanian yang ditunjukkan ini telah membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dengan mengutamakan prinsip mengatasi kepentingan jangka pendek.

BA mengambil keputusan memboikot pilihanraya ini di kala populariti rejim Abdullah Badawi berada pada tahap yang paling rendah. Barisan Nasional sekarang dilanda pelbagai pendedahan skandal rasuah, pembunuhan, pembelian bot mewah dan perbalahan dalaman di setiap peringkat, termasuk yang melibatkan UMNO Raub sendiri. Malah pelbagai keputusan rejim Abdullah yang menekan dan anti-rakyat seperti kenaikan harga petrol, kadar tol dan kos sara hidup yang semakin menyempitkan kehidupan rakyat semakin menambahkan kemarahan rakyat.

Ini sebenarnya adalah akibat daripada kepemimpinan lemah dan tidak berkesan Abdullah sendiri. Malah beliau dilihat tidak peduli dengan kesengsaraan hidup rakyat apabila memilih untuk meneruskan percutian di negara asing tatkala negara menghadapi bencana.

Meskipun populariti parti-parti alternatif yang bersih dan pro-rakyat semakin meningkat berbanding BN, kedua-dua parti – PAS dan keADILan mencapai persetujuan bersama kerana berpegang kepada prinsip menolak pilihanraya yang korup dan menipu rakyat.

Bagaimanapun boikot ini menafikan peluang untuk mengukur impak faktor Abdullah dan segala masalah yang menyelubungi pemimpin BN khususnya Najib Razak terhadap populariti BN dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Justeru apakah ada kemungkinan BN akan memastikan ada calon bebas untuk membolehkan pilihanraya tetap diadakan? Ini bukan sesuatu yang sukar jika mengambilkira kemampuan kewangan BN. Jika undi yang diterima BN kekal atau meningkat, mereka akan boleh mendabik dada bahawa rakyat tetap menerima mereka. Yang tidak keluar mengundi hanya pengundi BA. Ini perlu kita perhatikan nanti.


Fron Sosialis dan boikot pilihanraya

Boikot ini sama sekali berbeza dengan tindakan Fron Sosialis untuk memboikot Pilihanraya Umum dulu. Bezanya kerana Fron Sosialis tidak mempunyai pilihan selain melancarkan boikot apabila begitu ramai pemimpin-pemimpinnya telah ditangkap tanpa bicara oleh pemerintah.

Tetapi BA pada hari ini bertekad melancarkan boikot dalam keadaan kekuatannya dan penerimaan rakyat terhadapnya sedang meningkat.

Politik prinsip seperti ini akan membawa perubahan yang jelas di dalam senario politik negara ini. Justeru kita perlu memberikan komitmen padu untuk membawa mesej menuntut pilihanraya yang benar-benar bebas dan bersih kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk tanahair.

Rakyat tidak lagi boleh membiarkan mereka ditipu di peti undi dan pilihan mereka dinafikan, kerana itu ini adalah permulaan tindakan tegas rakyat menentangnya.


Tindakan susulan

Cuma kini kita perlu perhatikan dan usahakan tindakan susulan. BA dan NGO perlu aktif menghebahkan rasional tindakan ini kepada rakyat di seluruh pelusuk negara. Kita perlu gerakkan rakyat untuk memahami, menerima dan melaksanakan politik era baru ini.

Pada masa yang sama kita perlu perhatikan tindakan balas BN. Apakah mereka mempunyai keyakinan untuk menghadapi pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil?

Jika ya, mereka perlu sama-sama berusaha membersihkan sistem dan proses pilihanraya di Malaysia yang dipenuhi masalah dan kepincangan, termasuk yang disebutkan oleh Pengerusi SPR sendiri.

Permainan komputer untuk belajar perancangan bandar

Banyak pihak yang memperkatakan mengenai kesesakan Jalan Tun Razak yang memberi masalah kepada hospital-hospital di sepanjangnya. Tiga hospital utama -- HKL, Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Pusrawi berada berdekatan dan menerima kesan teruk kesesakan. Tidak lama lagi Kuala Lumpur Medical Centre pula akan siap dibina di jalan yang sama tidak lama lagi.

Hanya Hospital Kuala Lumpur yang dibina sekian lama. Hospital lain dibina dalam keadaan sedia maklum mengenai keadaan Jalan Tun Razak yang sememangnya terkenal sesak.

Ini mencerminkan ketololan perancangan. Seharusnya hospital dibina di pinggir bandar. Di pusat bandar hanya dibina stesen ambulan untuk memberi respon pantas kepada kes-kes kecemasan.

Keadaan bandaraya di Malaysia sememangnya kucar-kacir kerana tidak ada perancangan yang teliti dan bersungguh-sungguh. Kerana itu tempat membancuh simen dibenarkan beroperasi bersebelahan dengan kawasan perumahan. Kawasan perumahan baru dibuka berdekatan pusat pelupusan sampah, ladang ternakan babi, pusat pembakaran sampah dan sebagainya yang tidak menyenangkan.

Semua struktur yang mengganggu kehidupan ini dipanggil Not in My Backyard (NIMBY) dan seharusnya ada had dan syarat pembangunan yang menghadkan pembinaan penempatan manusia berdekatannya.

Saya bukan pakar mengenai pembangunan bandar. Saya tahu serba sikit mengenai NIMBY ini dan sebagainya hanya daripada pengalaman saya bermain permainan komputer SIM City. Mungkin pakar-pakar perancang bandar negara ini perlu disyaratkan mengikuti kursus untuk bermain permainan komputer seperti ini.

Tuesday, January 09, 2007

Abdullah perlu terus bercuti

Abdullah Badawi di dalam Sidang Akhbar pertama tahun ini mempertahankan tindakannya bercuti semasa rakyat dan negara ini ditimpa bencana banjir. Secara spesifik beliau menyatakan bahawa beliau telah menelefon timbalannya sebanyak dua kali bertanyakan mengenai perkembangan banjir.

Saya kira ini menggambarkan sikap sebenar Abdullah. Beliau hanya menganggap nyawa dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat hanya sekadar nilai dua panggilan telefon. Padanya bercuti adalah lebih utama!

Jika begitu sikap beliau, saya cadangkan beliau bercuti terus. Rakyat seharusnya memberi peluang kepada beliau untuk bercuti terus dengan menukar kerajaan. Rakyat di Kepala Batas perlu memahami Abdullah dan memberi beliau cuti kekal dengan menolak beliau dalam pilihanraya akan datang.

Mungkin selepas itu beliau akan pergi belayar bersama Ananda Krihsnan.

Iklan biadap Nike

Saya menonton televisyen malam tadi. Saya sememangnya jarang menonton televisyen sekarang. Saya melihat iklan Just Do It! oleh Nike yang memaparkan mengenai sekumpulan anak muda bermain bolasepak tidak mengira masa. Di dalam hujan tanpa mempedulikan ibunya yang memanggil dari kereta, di dalam pasaraya ketika bekerja tanpa peduli kepada penyelianya dan di gelanggang di tengah-tengah rumah pangsa pada malam hari tanpa peduli kepada jiran-jirannya yang membantah kerana bising.

Apakah yang cuba disemai ke dalam jiwa generasi muda kita?

Buat apa sahaja tanpa peduli pandangan masyarakat? Buat apa sahaja tanpa mengambil kisah masyarakat sekeliling?

Akhirnya memang ia memaparkan mengenai pemain bolasepak Malaysia yang tidak gentar kepada asakan pemain lawan (orang putih). Tetapi itu di dalam perlawanan. Memang sepatutnya bermain bersifat cekal dan kompetitif.

Saya kira iklan Nike ini sekadar menyemai sikap anti-sosial dan anti-masyarakat. Benar, ia mungkin sudah banyak berlaku di dalam masyarakat. Tetapi saya kira remaja sekarang bermain bolasepak di gelanggang simen, di malam hari lebih kerana tidak ada pilihan lain.

Tetapi iklan ini mengajar mereka bahawa berlaku kurang ajar dan tidak peduli kepada ibu, jiran dan penyelia kerja adalah cool. Just Do It! tanpa peduli.

Apakah sikap ini yang kita mahu wujud di dalam masyarakat kita?

Friday, January 05, 2007

Pastikan tidak ada rakyat tertinggal

Di Paris baru-baru ini dilaporkan bahawa akan digubal undang-undang yang akan membolehkan orang gelandangan (homeless) membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mendapatkan perumahan. Kerajaan boleh dipaksa oleh undang-undang untuk memastikan semua orang tidak berumah ini memperolehi perumahan.

Perjuangan untuk membolehkan undang-undang ini digubal bukan mudah. Para aktivis telah mendirikan banyak khemah-khemah kecil di tengah kota Paris dan menjemput orang ramai untuk bermalam di sana. Mereka juga mewujudkan Kementerian olok-olok untuk memproses permohonan orang yang mahukan rumah. Ini yang akhirnya menarik perhatian pemerintah.

Di Amerika Syarikat sudah sekian lama wujud undang-undang No Child Left Behind Act yang memastikan tidak ada anak-anak yang ketinggalan khususnya dalam bidang pendidikan.

Bila agaknya Malaysia akan menggubal undang-undang untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dan dipastikan kebajikan mereka. Pada hemat saya, bidang yang harus dipastikan kebajikan rakyat ialah perumahan (termasuk anugerah tanah negeri), kesihatan dan pendidikan wajib anak-anak.

Namun saya kira selagi rakyat tidak bertindak seperti di Paris, kerajaan tidak ada minat untuk memberi perhatian kepada kepentingan rakyat.

Wednesday, January 03, 2007

Tekad baru rakyat Malaysia

Saya berhasrat menulis entri ini menjelang tahun baru 2007, namun memandangkan sambungan internet masih kurang baik dan tidak boleh begitu diharapkan, saya menagguhkannya. Tambahan pula pada malam menjelang tahun baru saya berada di rumah saudara Rustam A. Sani, untuk meraikan hari raya Aidil Adha dan melihat pertunjukan bunga api di tengah kota Kuala Lumpur.

Rumah Rustam terletak di Bukit Lela, Gombak dan dari sana dapat dilihat dengan jelas panorama Kuala Lumpur. Tambahan pula makanan yang disediakan sedap-sedap belaka. Terima kasih kepada Rustam dan Rohani sekeluarga.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2006 kami bualkan pada malam itu. Saya kira kurang lebih sama sahaja dengan imbauan orang lain mengenai peristiwa dan perkembangan yang menarik sepanjang tahun 2006.

Justeru melalui entri ini saya ingin mengajak diri saya sendiri dan semua yang sudi membacanya agar membulatkan satu tekad bersama untuk melakukan perubahan, menzahirkan reformasi di negara kita ini.

Saya kira apa yang ingin kita capai, kita sudah sedia maklum. Jika tidak, lawati semula Deklarasi Permatang Pauh.

Namun bagaimana kita dapat memusatkan tenaga rakyat untuk menjadikan keinginan kita ini satu realiti. Saya kira wahana dan caranya begitu pelbagai. Cuma yang perlu kita lakukan ialah menyelaraskan, mengadakan kordinasi antara semua tenaga ini.

Pertama-tama saya melihat keperluan untuk satu jawatankuasa media bersama seperti yang wujud ketika awal Reformasi dulu. Jawatankuasa ini perlu menyelaraskan pendekatan kita terhadap isu-isu dan bagaimana tingkah laku kita dengan media massa. Juga perlu diberi perhatian ialah untuk merangkaikan dengan berkesan semua laman web dan blog yang pro-rakyat. Mungkin boleh diadakan satu indeks yang menyenaraikan kesemuanya bagi memudahkan pengunjung merujuknya (Tetapi tolonglah! Jangan pula laman seperti umno reform dimasukkan sekali).

Perkara-perkara seterusnya di lain waktu sahaja saya bicarakan. Pohon idea dan pandangan teman untuk mengembangkan strategi menyelaraskan tenaga pro-rakyat ini.