Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor telah menerbitkan suatu risalah berkala dengan nama SELANGOR BARU. Keluaran pertama ialah Januari 2007.
Sebanyak 10,000 naskhah telah diedarkan ke seluruh negeri Selangor. Namun jumlah ini sudah barang tentu tidak mencukupi. Kerana itu mereka yang menerimanya diharap dapat membuat salinan untuk diedarkan kepada saudara mara, jiran-jiran dan teman. Ia dalam saiz A3, satu warna yang mudah difotostat.
Di samping itu, sesiapa yang ingin mendapatkan SELANGOR BARU di dalam format pdf (saya namakan SELANGOR BARU versi Digital) sila hubungi saya di e-mel ahmadyamani@gmail.com atau tinggalkan alamat e-mel anda di ruangan comments di bawah.
Versi Digital dalam format pdf ini mudah dimuat turun dan dibaca menggunakan Acrobat Reader. Ia juga boleh dicetak. Saiz asal ialah 2 muka A3 atau 4 muka A4. Jika dicetak pada saiz A4 landscape, hanya dua mukasurat. Meskipun kecil tulisannya, ia masih boleh dibaca.
Saya pohon kerjasama semua untuk menyebarkan maklumat dengan cara ini. Semoga ia dapat memberi sumbangan ke arah membina kesedaran di kalangan rakyat dan menegakkan kerajaan Adil di negara kita.
Antara isu menarik ialah penjelasan mengenai boikot pilihanraya oleh Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim, isu OSA dan tol oleh Ezam Mohd Nor di samping berita mengenai rasuah komisen pembelian senjata dan sudah tentu kes Altantuya.
Saturday, February 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ke arah selangor baru. dan di harap semua negeri akan berubah menjadi baru. Kelantan kekal dgn pemerintahan ulama'. Terengganu di rampas kembali oleh pemerintahan ulama' selepas satu penggal di terajui oleh gelombang BIRU karat. kedah di cantas oleh BA setelah di sekat penguasaan partai ISLAM. JOHOR di sedarkan dengan UJIAN BESAR oleh yang MAHA KUASA .. ALLAH s.w.t. dan negeri ngeri lain juga di harap akan menjadi baru dan lebih mesra BA. isu isu terkini amatlah banyak utk di perkatakan di kala pemerintahan yang di terajui oleh PM sekarang semakin goyah dgn isu isu terdesak dan tercipta oleh kesilapan PEMIMPIN besar mereka sendiri. MAKA.. saya merasakan mereka akan tumbang dgn keperibadian mereka sendiri yang bertentangan dgn agama ISLAM.
(boleh saya ingin dapatkan salinan 'SELANGOR BARU'? email - hangjebat_7@yahoo.com)
sekian.
wassalam
selamat tahun baru
kembalikan ezam
Post a Comment