Saturday, March 17, 2007

Idea untuk Abdullah

Saya kira andainya Abdullah Badawi mempunyai rancangan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, rancangan itu mungkin terbantut. Bantut kerana timbalannya sendiri, yang merupakan watak utama menentang Mahathir di kampung halaman bekas PM itu, telah dituduh menerima rasuah. Kerja kotor yang dituduh dilakukan oleh Johari Baharom itu pula bukan calang-calang. Timbalan Menteri Keselamatan melepaskan penjenayah. Maka di mana keselamatan rakyat Malaysia?

Namun saya ada satu idea untuk Abdullah. Jika dilaksanakan, Abdullah boleh mengadakan pilihanraya dengan segara, yakin dan bergaya. Malah, dalam keadaan bursa saham yang sedang melambung-lambung meskipun di kala dunia menghadapi badai, Abdullah akan dapat meyakinkan pengundi bahawa dia bukan lemah dan dia bukan pula pembohong. Janji-janjinya, yang disertai senyum sumbing, dulu boleh dikatakan tertunai.

Mudah saja. Abdullah perlu segera memecat Johari dan Zulkipli sehingga mereka dibuktikan tidak bersalah. Di samping itu Abdullah perlu membuat komen-komen bahawa dia yakin mereka bersalah persis seperti yang dilakukan Mahathir terhadap Anwar dulu. Tetapi bezanya, Anwar adalah tokoh popular. Kerana itu Mahathir 'terbakar' akibatnya.

Tetapi di dalam keadaan sekarang, Johari dan Zulkipli bukan seorang yang popular. Malah rakyat secara umumnya lebih percaya mereka bersalah meskipun belum terbukti. Justeru jika Abdullah mengikut arus atau rasa hati rakyat ini, dia akan menjadi popular.

Menteri datang, menteri pergi. Di dalam politik, tidak ada kawan selama-lamanya dan tidak ada musuh selama-lamanya. Abdullah saya pasti sangat lebih maklum akan perkara ini. Kerana itu beliau perlu berhati-hati sebelum pihak-pihak yang bermusuhan bertukar menjadi kawan dan menghadapi beliau sebagai musuh yang satu.

Apakah ada yang mustahil dalam politik?

1 comment:

Anonymous said...

bukan nak menjatuhkan melayu, benda2 mcmni mmg dah lepas tapi kebenarannya kita xtahu (walaupun mmg ‘mereka’ yang lakukan)
oleh itu cakap benar je, cakap lepas je, xpe la kalau betul kan. tapi kalau bidaah sy pun bangkang…
tp mmg banyak kes kerajaan skrg ni yg merosakkan melayu sendiri… kaum cina semakin berani memberontak ladang ternak BABI HARAM pun xleh nak serbu???!!!! PETEMPATAN HARAM bukan main laju serbu, nikan BABI yang mmg HARAM ladangnya?? Kerajaan x TEGAS!!! ISU ni ada bile berlaku MASALAH, MASALAHNYA knp kerajaan x bertindak? (SETAKAT PERGI BAWAK FRU, POLIS TP XBUAT APE2 SAMA DUDUK KEDAI KOPI ‘NGETEH’!! XDE SEKOR BABI PUN MATI BTOL X?????) jawab bang jawab, kalau xde sape kritik xder sape nak nmpk salah dorank tu… (NI BAHASA MELAYU SAYA EJAAN SALAH HENTAM LA!!! malaysia - kes2 mcmni yg diperbesar, kes yg sedia besar diperkecil!! knp? tepuk dada tanya iman. kritikan ni mmg sakit utk diterima tp ianya membina. ni bukan bidaah satu malaysia tau!! nak suruh sy kedepan lantang bersuara??? bang saya ni sorang, yg saya nak lawa cakap tu kerajaan!!! bukan nak menjatuhkan kerajaan sendiri cuma nak tengok rakyat malaysia bebas merdeka dari pemerintahan kerajaan sendiri…bye

kalau ada ruang utk sy menyalurkan idea2 sy ni, mmg sy nak tulis sgt2!!! kesian rakyat miskin kat hujung kg tu, knp bazir duit rakyat hantar putera umno g kutub??? kan membazir, membazir amalan setan! pk la, kalau pg pakai duit sendir xde sape pun nak kesah bang, tp kalau pakai duit rakyat, hantar saya pun boleh, g training pastu lompat kapal terbang, Insya-Allah xmati sbb sy terlatih.. dah la..pk la bang, kritikan perlu utk kita terus maju, pujian bukan utk malaysia, utk kerajaan, tp untuk yg ESA…