Tuesday, January 09, 2007

Abdullah perlu terus bercuti

Abdullah Badawi di dalam Sidang Akhbar pertama tahun ini mempertahankan tindakannya bercuti semasa rakyat dan negara ini ditimpa bencana banjir. Secara spesifik beliau menyatakan bahawa beliau telah menelefon timbalannya sebanyak dua kali bertanyakan mengenai perkembangan banjir.

Saya kira ini menggambarkan sikap sebenar Abdullah. Beliau hanya menganggap nyawa dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat hanya sekadar nilai dua panggilan telefon. Padanya bercuti adalah lebih utama!

Jika begitu sikap beliau, saya cadangkan beliau bercuti terus. Rakyat seharusnya memberi peluang kepada beliau untuk bercuti terus dengan menukar kerajaan. Rakyat di Kepala Batas perlu memahami Abdullah dan memberi beliau cuti kekal dengan menolak beliau dalam pilihanraya akan datang.

Mungkin selepas itu beliau akan pergi belayar bersama Ananda Krihsnan.

1 comment:

1 said...

mungkin kawasan banjir berpotensi dijadikan kawan perlancongan, jadi tentu pak lah juga boleh sekala-sekala bercuti di sini. ini sesuai dengan semangat visit malaysia year 2007