Tuesday, March 27, 2007

Amanah baru

Sejak akhir tahun lalu, saya bergiat di Bahagian Shah Alam. Saya berpindah bahagian ke Shah Alam semata-mata kerana saya berpindah rumah dan tinggal di Shah Alam yang lebih dekat dengan tempat utama saya mencari rezeki.

Mesyuarat Angkatan Muda dan Bahagian Shah Alam pada 25 Mac lalu telah memberi amanah kepada saya sebagai Naib Ketua Angkatan Muda dan juga Ahli Jawatankuasa Bahagian. Saya orang baru di Shah Alam, meski sebahagian besar ahli-ahli di Shah Alam sememangnya sudah biasa dikenali. Justeru kepercayaan teman-teman di Shah Alam kepada saya amat mengharukan. Mungkin juga membimbangkan.

Saya bimbang untuk menerima amanah-amanah baru ini. Namun mengambilkira bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai EXCO Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Ketua Penerangan Keadilan Selangor akan tamat tidak lama lagi apabila Kongres Nasional diadakan pada 25 Mei depan, mungkin saya akan punya ruang yang lebih untuk memberi perhatian kepada tugas-tugas di Bahagian.

Saya berpegang kepada kepercayaan bahawa mana-mana ahli parti seharusnya memberi perhatian pertama-tama sekali kepada Bahagian sebelum bergiat aktif di Negeri atau Pusat. Malah penglibatan aktif di Bahagian seharusnya diberikan penilaian utama sebelum memberi kepercayaan kepada seseorang untuk pergi lebih jauh dan ke peringkat lebih tinggi.

Saya berharap akan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada Bahagian Shah Alam dengan kepercayaan teman-teman memberikan amanah ini kepada saya. Terima kasih dan bantulah saya untuk menyempurnakan amanah tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah atas perlantikan sdr.
Semoga sdr terus berjuang untuk mengembalikan semula bahagian shah alam agar kembali mengegar sbg bahagian terkuat keadilan..sebagaimana era pertama reformasi dahulu.
mungkin sdr perlu lebih aktif dgn masyarakat shah alam dengan mengikuti program2 kemasyarakatan disana.juga lebih kerap berjamah di masjid serta berlabon di warong untuk membantu memberi penerangan mengenai parti kpd msyrt shah alam.
mungkin juga sdr boleh memberikan peranan yang lebih besar dgn menjadikan rumah sdr sbg Pusat Komuniti keADILan Shah Alam.
sekadar cadangan
terima kaseh