Anwar Ibrahim sepatutnya berceramah selepas Sivarasa, Tan Sri Khalid, Ezam, Roslan SMS. Tetapi kesemua mereka ditegah daripada menyampaikan ucapan. Ini menyebabkan orang ramai gelisah. Anwar sendiri berunding dengan OCPD yang bertegas mengatakan adalah menjadi kuasa beliau untuk memberi kebenaran atau menghalang program tersebut. Segala hujah enggan didengari beliau kerana pegawai SB di sebelahnya tetap memberi isyarat menghalang.
Akhirnya Anwar memberi kata dua, "kamu boleh buat apa yang mahu kerana kamu ada kuasa. Tetapi sekarang rakyat akan tunjukkan kuasa mereka." OCPD tergamam tidak menjawab.
Sekaligus beliau menuju ke arah lori yang dijadikan pentas ceramah. Ezam segera memulakan ucapan. Akhirnya pihak polis mengalah dengan kuasa rakyat dan memberi kebenaran 10 minit untuk Anwar seorang sahaja berucap.
Di dalam ucapannya Anwar mengatakan, "Abdullah Badawi mesti dengar. Najib mesti lebih-lebih lagi dengar. Khir Toyo... tak payahlah." (menunjukkan Khir Toyo yang terlalu sibuk dengan mekap dan mencantikkan muka tidak penting sama sekali).

Ucapan Anwar disambut oleh desakan rakyat agar Abdullah dan Najib bukan sekadar mendengar tetapi juga menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
Amacam, ada berani?
1 comment:
pepatah pepatih kata berani kerana benar, takut kot ada salah mungkin. kata dia orang nak transparent (baca - telus tapi x tulus), transparent jenis apa nih? transparent terpilih kot. wallahu'alam.
Post a Comment