Kami melanjutkan perbualan di Kedai Kopi dengan berbicara pelbagai isu dan topik khususnya isu-isu kenegaraan. (Sesetengah kita gemar melabelkan isu pendidikan, pembangunan, hospital dan sebagainya, tambahan pula yang kritikal sebagai politik).
Selama ini saya sudah sering berbicara dengan beliau mengenai isu-isu yang sama. Namun saya sentiasa beranggapan dia ikut sama membincangkan perkara tersebut kerana mengambil hati saya semata-mata. Ternyata sangkaan itu meleset malam ini sehingga menyebabkan kami bersembang panjang.
Berikut adalah sedikit nota hasil perbincangan kami:
- Kenapa minat terhadap agama semakin meningkat di seluruh dunia khususnya di kalangan penganut Kristian?
- Bagaimana sistem pendidikan Malaysia melahirkan para pekerja yang tidak diperlukan industri, dan tidak pula dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan.
Beliau yang sedang menyempurnakan pengajian peringkat sarjana melihat bagaimana semakin ramai graduan yang menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan. Antara penyebab kepada masalah ini ialah pensyarah yang tidak mempunyai pengalaman dalam industri berkaitan. Beliau pernah diminta menukar tajuk kajiannya semata-mata kerana "kita tidak ada orang untuk menilai kajian kamu". Itu kata pensyarah beliau.
Saya melihat betapa semakin ramai yang memasuki universiti dan menyempurnakan pengajian semata-mata untuk mendapatkan kelayakan kertas (paper qualification) tanpa belajar apa-apa. Universiti bukan sekadar tidak dapat melahirkan insan yang cemerlang, malah keadaan di Malaysia menyebabkan universiti tidak mampu untuk mengeluarkan pekerja yang sesuai sekalipun. - Pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang adalah sia-sia.
- Bagaimana kerajaan dapat mengekalkan pekerja berkualiti (khususnya doktor) tanpa perlu menaikkan gaji.
- Kenapa pemerintah tidak bertindak untuk memperbaiki keadaan negara ini.
Saya berpandangan apabila manusia semakin jauh daripada Jalan Tuhan, mereka akan mencari jalan untuk kembali kepadanya. Ia ibarat seorang yang sesat di dalam hutan dan dapat melihat suatu kawasan yang lapang (clearing). Dia akan cuba untuk sampai ke tempat itu untuk mencari jalan yang benar.
Teman saya menyimpulkannya sebagai suatu naluri manusia. Betapa jauh manusia lari daripada Tuhan, akan ada kecenderungan untuk kembali.
Kami sependapat bahawa proses mencari ini yang kadangkala melahirkan ajaran sesat dan tafsiran yang salah terhadap agama. Ada yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang dengan menawarkan jalan pintas kepada mereka yang mencari ini. Begitu juga adalah bahaya apabila ada yang percaya bahawa Tuhan bercakap dengan mereka (seperti Bush) dan mereka sedang dalam misi menyelamatkan manusia.
Teman saya itu adalah anak jati Pulau Pinang. Kami melihat pembinaan jambatan baru akan sekadar memburukkan keadaan di Pulau Pinang. Sebagai sebuah pulau, kekangan paling utama ialah tanah dan sumber asas seperti air. Akan sampai satu tahap pulau itu tidak lagi mampu menampung pertambahan penduduk. Seharusnya kerajaan negeri dipindahkan segera ke Seberang Perai. Perniagaan-perniagaan utama juga perlu digalakkan (dengan keras) untuk berpindah.
Ini akan melegakan tekanan ke atas pulau yang boleh dimajukan sepenuhnya untuk industri pelancongan.
Ketepikan kepentingan politik, khususnya politik perkauman yang sering gemar dimainkan oleh parti-parti politik di Pulau Pinang.
Teman saya mempunyai seorang abang yang sudah 20 tahun mengabdikan diri memberi khidmat di hospital kerajaan. Pendapatannya sekarang hanya 20% daripada pendapatan rakan-rakan yang setara dengannya tetapi berkhidmat di sektor swasta.
Kerajaan perlu serius memberi pengiktirafan setanding kepada tenaga kerja pakar, khususnya di dalam bidang kritikal seperti perubatan. Penghargaan yang boleh diberikan kepada mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan tidak semestinya dengan gaji yang tinggi.
Kami mencadangkan agar perumahan sewajarnya (sebagaimana yang mampu dibeli oleh doktor di sektor swasta) disediakan secara percuma untuk doktor kerajaan. Apabila cukup tempoh perkhidmatan, mereka akan memilik rumah tersebut. Rumah-rumah yang disediakan harus setaraf dengan mereka dan terletak di kawasan yang baik.
AP perlu diberikan untuk membawa masuk kereta mewah dengan pelepasan cukai. Jika kelebihan tersebut boleh diberikan kepada Ahli Parlimen, kenapa tidak kepada doktor pakar yang sudah kanan kedudukannya.
Banyak lagi cara menjadikannya bekerja di sektor kerajaan bermakna dan berbaloi selain daripada menaikkan gaji semata-mata.
Ada dua kemungkinan.
Pertama, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai kemampuan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan negara ini.
Kedua, mereka tidak mempunyai insentif untuk melakukan yang terbaik. Kenapa perlu bersusah payah dan berusaha keras sedangkan dalam keadaan mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menumpukan kepada usaha merompak di siang hari untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kaum kerabat sekalipun mereka tetap dipilih semula untuk memerintah.
Hanya apabila mereka menghadapi risiko akan kehilangan kuasa, mereka akan bertindak dengan sepatutnya. Justeru hanya majikan mereka (rakyat) yang mampu memaksa mereka bekerja dengan lebih baik.
Pada hemat saya, tanggungjawab meletakkan sesuatu parti sebagai pemerintah bukan hanya tertanggung di atas mereka yang mengundi tetapi juga di atas mereka yang tidak mengundi.
Teman saya tersebut sangat bersetuju kerana dalam Pilihanraya Umum yang lalu dia tidak mengundi.
4 comments:
i'm not trying to seditious... but what is happening in Thailand is a good example. Once the leaders disregard democracy. They deserves a coup d'etat. Fair enough. NO?
i'm not trying to seditious... but what is happening in Thailand is a good example. Once the leaders disregard democracy. They deserves a coup d'etat. Fair enough. NO?
I am no supporter of coups. But then, desperate people do desperate things.
Sistem pendidikan Malaysia bukan sahaja mengalami masalah dari segi kekurangan tenaga pengajar bahkan tenaga pensyarah yang sedia ada di institusi pengajian tinggi tidak berpengalaman kerana kebanyakan dari mereka baru sahaja tamat pengajian.Ini kerana pernah berlaku pelajar menegur kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku kepada pensyarah itu dihadapan pelajar - pelajar yang lain.Ini amat memalukan.
Post a Comment