Saya benar-benar mual dengan UMNO Pulau Pinang yang memukul canang perkauman. Sudahlah begitu, isu-isu yang dibangkitkan kini sama sekali tidak ada kepentingan kepada orang Melayu atau kepada mana-mana kelompok rakyat.
UMNO Pulau Pinang dengan dimulai Bahagian Bukit Mertajam menuntut agar jawatan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dikembalikan kepada UMNO.
Saya bingung. Tuntutan yang benar-benar phatetic. Sejak bila jawatan tersebut menjadi milik UMNO? Bukankah jawatan tersebut diambil oleh Koh Tsu Koon ketika PBAPP menghadapi krisis? Ini bermakna beliau memegang jawatan tersebut kerana Pengerusi sebelum ini (daripada UMNO) tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.
Saya fikir sudah sampai masanya pembahagian jawatan-jawatan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya kepada pemimpin-pemimpin UMNO dihentikan serta-merta.
Saya tidak mempunyai masalah jika jawatan-jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan berwibawa -- tidak kira samada mereka adalah pemimpin UMNO atau tidak. Yang menjadi masalah ialah apabila jawatan-jawatan diberikan kepada pemimpin UMNO yang tiada kelayakan atau pengalaman.
Malah seperti tauladan yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Salamon Selamat jawatan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam diberikan kepada dirinya dan isterinya. Apakah mungkin anak-anaknya belum cukup umur untuk dilantik.
(Nota: Saya maklum isteri Salamon ialah Ketua Wanita Bahagian. Tetapi apakah hanya itu kriteria yang melayakkan dia menjadi Ali Majlis MBSA?)
Friday, September 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Masih ingat dahulu di sabah UMNO sendiri yang kata tak perlu gilir-gilir. Bila gilir-gilir kemajuan sukar dilakukan kerana pemimpin asyik tukar sedangkan rancangan mereka belum dilaksanakan.
Apakah benar hanya orang melayu yang susah di penang ? Apakah benar di bawah UMNO orang-orang melayu semua maju ? Apakah negeri-negeri lain dimana pemimpinya melayu tetapi orang melayu masih ke belakang ?
Apakah benar di bawah pimpinan cina semua cina maju dan tak susah di penang ?
Ini semua gila kuasa!!!
Post a Comment