Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sudah berkali-kali mengatakan perkara yang sama -- yakni masyarakat Cina di Malaysia dilayan sebagai warganegara kelas kedua. Pada hemat saya, Kuan Yew tidak ada masalah dengan layanan berbeza terhadap rakyat berdasrkan ras.
Itu yang menjadi amalan di Singapura, sejak beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang. Bangsa Melayu terus-terusan dilayan bukan sekadar sebagai warga kelas kedua, malah sebagai golongan yang tidak dikehendaki -- persona non grata.
Justeru pada hemat saya, beliau mendendangkan sekali lagi lagu lama ini sebenarnya sebagai ujian kepada Abdullah.
Ternyata Abdullah gagal apabila memberi respon "saya akan menulis surat kepada beliau".
Jika saya yang membuat draf respon untuk Abdullah, berikut akan saya tuliskan:
"Lee Kuan Yew membuat kenyataan sebagai seorang asing yang mempunyai niat nakal untuk mengapi-apikan sentimen perkauman di Malaysia. Saya percaya tidak ada warganegara Malaysia yang berketurunan Cina atau sebaliknya yang sependapat dengan beliau atau menyokong kenyataannya itu.
"Namun jika sekiranya ada yang menganggap diri mereka dianiaya dan dilayan sebagai warganegara kelas kedua, saya anjurkan mereka untuk memohon kerakyatan Singapura dengan segera.
"Saya harap Singapura akan bersedia menerima sebarang permohonan untuk menjadi warganegara samada daripada rakyat Malaysia yang berketurunan Cina atau Melayu atau mana-mana jua individu yang berminat menjadi warganegaranya."
Jika yang bercakap ialah Abdullah, saya cadangkan beliau menggesa kerajaan Singapura menahan Lee Kuan Yew di bawah Akta Hasutan kerana mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh membangkitkan keresahan kaum. Bukankah Abdullah membangga-banggakan Akta Hasutan Malaysia di peringkat dunia. Jika Singapura belum ada akta tersebut, Abdullah perlu mencadangkan ia digubal segera. Untuk sementara waktu gunakan ISA sahaja.
Namun saya sama sekali tidak menyokong tindakan sebegitu. Ia sekadar cadangan jika saya yang menulis respon Abdullah.
Nota: Untuk analisa yang lebih ilmiah dan mendalam, baca blog Rustam Sani.
Respon pemimpin UMNO telanjangkan agenda tersembunyi Wilayah Pembangunan Selatan Johor
Kenapa pemimpin UMNO, khususnya Pemuda perlu menggesa kerajaan mengabaikan kepentingan Singapura dalam pembangunan SJER? Apakah perancangan yang sedia ada bertujuan memberikan kelebihan kepada Singapura?
Saya bimbang dengan agenda rejim Abdullah. Apakah mungkin tindakan-tindakan yang diambil mementingkan pihak asing dan membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia sendiri.
Wednesday, September 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tapi kalau hendak tanya orang cina. banyak yang menyokong kenyataan lee kuan yew cuma mereka tidak berani bersuara.
kalau ada rakan cina yang rapat mungkin mereka akan bersifat jujur dengan saudara/saudari. yang pasti saya tahu banyak yang bersetuju dengan kata lee kuan yew
to the extend that those chinese will say they got no position in the country.
orang cina juga banyak dilemma selama ini. cuma mereka tumpukan 100% untuk berkerja , menjaga anak , belajar dan mencari wang. Yang lain itu kalau mahu bersuara pun tiada guna. Either masuk penjara atau ISA. baik mereka diam
berapa banyak shen?
Saya harap draf kenyataan yang saya cadangkan untuk Abdullah itu jangan disalah anggap sebagai cerminan pandangan peribadi saya.
Namun begitu nasib rakyat Malaysia, hendak bersuara juga ketakutan. Selagimana rakyat tidak berani menuntut perubahan, selagi itu keadaan tidak akan berubah.
p/s: Orang Cina bagaimana yang ditanya oleh Shen? Tahukah dia berbahasa Cina?
banyak...sebenarnya isu lee kuan yew ini saya kurang peka kerana saya sedang mengikuti perkembangan one in a million ( suki ).
banyak sms yang saya terima yang mengatakan mereka menyokong kenyataan lee kuan yew dan apa yang dikatakan oleh kuan yew itu benar. menurut mereka juga hanya dalam sms mereka berani berkata demikian. kalau di luar mereka akan senyap.
lepas itu pergi kedai mamak dengan saudara dan sahabat cina pun sama sahaja.
kalau kamu hendak tanya pendapat peribadi saya sebagai seorang cina di sini selama hampir 20 tahun.
minta maaf. saya boleh kata memang kita tak ada kedudukan di negara ini
minta maaf. memang banyak ketidakadilan dan layanan yang berbeza terhadap masyarakat.
minta maaf. kita hampir tiada kedudukan dalam negara ini.
cuma orang cina malas mahu bising. semua yang kenal saya pun suruh saya tak payah sibuk dan bising-bising.
nasihat mereka belajar baik-baik. cari wang. bekerja dan berkeluarga cukup. kalau hendak fikir , fikir bagaimana hendak mencari wang dan ilmu.
yang lain tak payah pergi rebut , tuntut dan bising.
ini hanya pendapat peribadi dan majoriti kawan dan saudara cina.
berapa cina di luar sana saya tidak tahu,
yang saya tahu. rata-rata orang cina banyak dilemma mereka yang tersendiri
sebab itu MCA kalah banyak dan selalunya mereka mengundi pembangankang
Post a Comment