Friday, September 15, 2006
Buku cacat dan beban sejarah IKD
Saya baru selesai membaca buku Pidato Kemerdekaan Anwar Ibrahim: Membangun Semula Makna Diri Malaysia terbitan Institut Kajian Dasar. Daripada pembacaan blog Anwar Ibrahim, saya sedia maklum ada terdapat kelemahan dan kecuaian ejaan dan sebagainya dalam buku tersebut.
Namun kesilapan yang berlaku begitu menjolok apabila pembacaan saya tiba pada halaman 17. Pidato tersebut menyentuh soal bahasa. Pemimpin pemerintah dikritik kerana kuat mempromosikan penggunaan Bahasa Inggeris, sedangkan penguasaan Bahasa Melayu mereka sendiri lemah.
Kesilapan-kesilapan di dalam buku ini dan juga Tiga Dialog Anwar Ibrahim bukan semata-mata kesilapan menaip atau typo error. Kesilapan yang dilakukan mencerminkan buku ini disediakan oleh seorang yang tidak punya penguasaan Bahasa Melayu yang baik.
Teks pidato ini diangkat daripada ucapan Anwar Ibrahim. Tetapi ayatnya putus-putus dan tanda bacaan (noktah, koma) diletakkan pada tempat-tempat yang tidak betul sehingga menyebabkan maksud ayat berubah. di yang jauh didekatkan. Beza dari dan daripada juga tidak difahami.
Lebih malang di muka 3, dalam nota kaki dinyatakan bahawa "Setelah menyampaikan pidato, Dato' Seri Anwar Ibrahim membuat perubahan dan penambahan terhadap teksnya. Maka terdapat beberapa perbezaan antara kandungan teks ini dan pidato yang disampaikan seara lisan."
Ini memberi isyarat bahawa teks untuk buku tersebut telah dibaca oleh Anwar Ibrahim. Apakah benar beliau telah membacanya? Jika begitu keadaannya, bagaimana Anwar Ibrahim yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang begitu baik boleh terlepas pandang akan kesilapan-kesilapan asasi yang berlaku?
Saya hadir mendengar pidato pada 6 Ogos 2005 tersebut. Penyampaian lisan sememangnya hebat dan mudah difahami. Malang penyampaian bercetak begitu cacat.
Saya fikir tidak ada pilihan selain menarik balik kedua-dua buku daripada edaran dan mengusahakan penerbitan semula yang lebih baik. Dalam proses tersebut, perlu didapatkan orang yang kompeten untuk melakukannya agar kita tidak mengekalkan mediocrity. Bukankah ini yang disyarahkan oleh Anwar Ibrahim di laman 14 apabila menyentuh persoalan Dasar Ekonomi Baru?
IKD memikul beban sejarah yang berat dalam soal penerbitan. Selama ini IKD dikenal sebagai institusi yang menganjurkan persidangan yang gah, menerbitkan buku dan monograf yang berkualiti. Jelas, Khalid Jaafar perlu dibantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salaam~
saudara, saya mahu belajar. bagaimana mahu membezakan penggunaan dari dan daripada?
bukan sahaja Khalid Jaafar, tetapi saya juga kena dibantu :=)
Belajar harus daripada alim. Saya tidak alim, justeru bukan saya gurunya.
Namun ramai ulama bahasa yang di sebelah kita. Sejak dari dulu, kita punya sebagai penyokong yang pernah menjadi Pengarah Bahasa, Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Mungkin daripada mereka boleh saudara tuntut ilmu bahasa.
salaam~
sungguh seni penjelasan saudara. terima kaseh byk2!
semoga Tuhan merahmati anda...
salaam~
sungguh seni penjelasan saudara. terima kaseh byk2!
semoga Tuhan merahmati saudara...
dari merujuk kepada tempat dan masa..
daripda merujuk kepada benda dan orang.
Tiada apa-apa 100% sempurna di dunia ini sedangkan banyak juga kesalahan-kesalahan kecil yang saya pernah terbaca daripada rencana dan artikel yang disiarkan oleh DBP.
Kita perlu lebih daripada satu Khalid Jaafar di IKD.
itu dia shen si faqih bahasa, alim politik telah bersuara
bahasa saya tidaklah fasih. masih banyak yang perlu dipelajari
pengalaman politik tidaklah alim. banyak lagi yang perlu ditimba.
sefaham saya kata dari digunakan untuk menunjukkan arah, masa dan tempat. daripada merujuk kepada orang.
Post a Comment