
Guan Eng sependapat dengan saya bahawa anggota polis perlu disusun semula tugasnya untuk menambah anggota yang terlibat secara aktif (frontline) dalam mencegah jenayah.
Saya kira sudah sampai masanya pihak polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengambil langkah konkrit untuk mencegah jenayah dan bukan sekadar membuat pengumuman demi pengumuman tanpa tindakan praktikal.
Saya kira berhentinya Menteri Keselamatan Dalam Negeri daripada memberi komen mengenai isu ada satu permulaan yang baik, kerana beliau tidak mempunyai tumpuan dan daya imaginasi untuk menzahirkan penyelesaian.
Atau mungkin juga beliau begitu hanya kerana disibukkan oleh 'pertempuran' dengan Mahathir Mohamad dan beriya-iya menyakinkan bahawa Malaysia bukan negara polis.
1 comment:
kekurangan kakitangan and unit peronda adalah antara alasan yang diberi PDRM kelewatan bertindak terhadap sesuatu kes.Di sini saya ingin mengiyatkan bahawa PDRM perlu lebih berusaha untul memastikan kadar jenayah dibawah kadar minimum. rodaaan perlu diperluaskan terutama pada waktu malam and waktu pagi antara 3am - 6am kerana kebanyakan jenayah sekarang belaku pada wakti begini.boleh dikatakan waktu demikian kita amat jarang sekali melihat kereta peronda polis. kenapa ?? mana pergi angota peronda pada waktu sedemikian??? curi Tulang??? jangan hanya mengumumkan dan berkata pada media yang PDRM sedang mengiatkan usaha ,apa yang kita semua mahu adalah perlaksanaan buka sekada cakap dan cakap dan tiada yang berlaku......
Post a Comment