Monday, October 02, 2006

Sekolah Cina di Johor: Perkauman atau mempertahan penyelewengan?

Ternyata kini wujud penyelewengan di dalam projek pembaikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) di Johor. Siapa sebenarnya penjahat (culprit) yang menyebabkan negara membayar sehingga RM29 ribu untuk projek yang hanya bernilai RM3 ribu masih belum dapat dipastikan kerana siasatan Jabatan Kerja Raya belum diselesaikan.

Sekiranya Samy Vellu masih muda, sudah tentu saya yakin beliau sedang melobi untuk menjadi Menteri Dalam Negeri. Begitu banyak siasatan yang diarahkannya – Bangunan Matrade, Lebuhraya MRRII yang retak dan kini sekolah.

Namun isu yang lebih utama di dalam hal sekolah ini ialah penafian bermati-matian Hishamudin Hussein mengenai berlakunya penyelewengan dan menuduh Ong Tee Kiat sebagai bersifat perkauman hanya semata-mata kerana Tee Kiat, seorang Cina, membangkitkan mengenai penyelewengan dalam pembinaan sekolah Cina.

Mungkin Hishamudin hanya mahu mengatakan bahawa kementerian beliau dan pegawai-pegawainya maksum daripada penyelewengan. Tetapi kenapa dibangkitkan isu perkauman?

Apakah hanya itu yang bermain di benak dan fikiran beliau? Pada hemat saya kerana dirinya sendiri subur dengan sifat perkauman, maka dia nampak segala-galanya perkauman.

Ia seperti murid sekolah dalam iklan Wall’s Moo yang melihat semua bentuk bulat sebagai snek kegemarannya itu.

1 comment:

Anonymous said...

orang yang bermentaliti perkauman seperti Hisham baharu akan melabelkan orang lain sebagai perkauman. Jangan kita kaitkan semua isu yang dibangkitkan oleh kaum tertentu sebagai isu perkauman. Ada yang berbau perkauman dan ada yang langsung tiada kaitan dengan perkauman.

Tee keat tidak pernah membangkitkan isu ini dengan menggunakan isu orang cina dan bahasa cina.

Tee kEAT dari hari pertama bangkitkan isu ini dengan isu penyelewengan dan rasuah.

Dengan membabi buta hisham sudah menuduh tee keat sebagai perkauman. itulah mentaliti hisham

tak tahu membezakan penentang rasuah dan perjuang kaum.

bila anak buahnya khairy berjuang untuk kaum dengan isu perkauman hisham pula pertahankan ? PELIK betul orang ini.

bahaya kalau jadi PM. Mentaliti rendah.