Friday, November 03, 2006

Siasat Khir Toyo

Angkatan Muda keADILan Malaysia bersama-sama Pemuda Pas Selangor dan DAP hari ini (3 November 2006) telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo kerana disyaki terlibat dalam salahguna kuasa dengan meluluskan tanah kepada Zizah Ngah, isteri Zakaria Deros.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 Shah Alam.

Tanah yang dijadikan tapak Istana Zakaria di Kampung Idaman, Klang telah diberikan kepada Zizah dengan hanya membayar satu premium yang sangat rendah. The Star 31 Oktober melaporkan bahawa beliau hanya membayar RM46,000.00 untuk tanah tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Malah Khir sebelum ini telah dituduh terlibat dalam pelbagai skandal pemberian tanah yang menguntungkan beberapa kerat pemimpin UMNO dan kaum keluarga mereka. Khir adalah EXCO Tanah dan Kewangan Negeri Selangor.

Laporan polis tersebut kemudian cuba diserahkan kepada Menteri Besar di Bangunan SUK berdekatan. Namun ia diterima oleh seorang pembantu Khir. Angkatan Muda keADILan diketuai oleh Pemangku Ketua, Shamsul Iskandar Md. Akin.

Di dalam kenyataan media beliau, Shamsul mendesak agar semua perlakuan rasuah dan salahguna kuasa ini disiasat dengan segera. Sekiranya pihak berkuasa terus gagal mengambil tindakan, Angkatan Muda keADILan Malaysia tidak menolak kemungkinan memulakan Pendakwaan Persendirian (Private Prosecution) terhadap Khir.

2 comments:

Anonymous said...

yea, siasat Mr. i tak tahu tu. Semua dia tak tahu, bukit cherakah gondol tak tahu, municipal council ada istana tak tahu, shah alam banjir dia tak tahu. Semau tak tahu. Apa yang dia tahu? Cabut gigi je kot.

hik.

p/s : banyak dah tukar menteri besar kat selangor, tak pernah banjir besar besar, bila dia take over, berkali kali banjir.

Anonymous said...

apa dia tak tahu ke? kalau nak buat pembangunan tu sila lah buat longkang dulu.