Saya kagum. Benar-benar ikhlas dan jujur saya katakan, "Saya kagum". Meski seorang teman rapat saya mengatakan, "sarcasm and zaki yamani almost synanymous", kali ini saya tidak sarcastic. Serius tidak!
Saya benar-benar kagum dengan wawasan Perdana Menteri Abdullah Badawi mengenai pembangunan di Johor. Sebelum kita pergi lebih jauh, ingat kata PM. Projek tersebut adalah wawasan beliau, idea beliau dan bukan idea orang lain.
Pelan pembangunan ini adalah titik bertolak yang jelas (marked departure) daripada sikap 'di sini tidak, di sana tidak' Abdullah Badawi selama ini. Namun saya tidak berapa yakin dengan keyataannya yang dilaporkan oleh The New Straits Times "...give neighbouring Singapore a run for its money".
Sebaliknya, melihat kepada sejarah Singapura dan sifat inovatif pemimpinnya, pengusaha-pengusaha dari Singapura akan mengambil peluang daripada projek ini. Malah saya sama sekali tidak terperanjat jika dana asing RM15 bilion yang sedia untuk dilaburkan di dalam projek itu sebahagiannya dari Singapura.
Yang penting garis dasarnya adalah mencergaskan pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Dalam nada itu, saya kurang selesa dengan permulaan projek ini iaitu pemindahan pusat pentadbiran negeri Johor. Ia tidak mewujudkan peluang pekerjaan baru kecuali projek pembinaannya pada kos yang tinggi terhadap dana rakyat.
Untuk tidak mengulas panjang dan sebelum pembaca mengesan nada sarcastic, saya akhiri dengan doa panjang untuk kejayaan projek ini dan juga projek Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur.
Malaysia memang perlukan pembangunan-pembangunan sebegini dan tidak mengapa jika Abdullah ingin menjadi 'besar' dengan mengemukakan program gagasan pembangunan yang hebat.
Alkisah, perihal yang lain.
Dilaporkan, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad ingin berniaga sebab sebelum ini dia hanya menyuruh orang lain berniaga. Projek pertama beliau ialah kedai roti 'The Loaf'. Selepas ini kedai dobi.
Saya ingin benar ke Langkawi untuk melihat sendiri projek beliau itu. Meski sekali lalu seperti projek kecil-kecilan, saya tidak dapat membayangkan apa-apa yang kecil mengenai Mahathir. Kerana itu hanya dengan melihat sendiri, saya akan dapat gambaran sebenar.
Saya beri amaran, jangan pula selepas ini ada yang memanggil beliau 'Mamak Roti'.
Monday, July 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment