Siang tadi, saya bertemu dengan seorang teman dan pemimpin perjuangan. Antara lain kami berbincang mengenai demonstrasi dan penyerahan memorandum kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, oleh Khairy Jamaludin.
Teman saya itu semalam memimpin satu lagi demonstrasi lain dengan tujuan membantah kezaliman Israel di Lebanon.
Antara lain kami 'kagum' dengan kehebatan Khairy dan teman-teman 'merempuh' (seperti dilaporkan media massa milik pemerintah) sekatan-sekatan polis dan kemudiannya merempuh masuk ke Kuala Kumpur Convention Centre (KLCC) dengan menuntut hendak bertemu dengan wakil kerajaan AS.
Teman tersebut adalah veteran dalam demonstrasi. Saya juga, walau tidak sehebat mana, telah ikut serta dalam demonstrasi sejak tahun 1998. Masuklah juga gambar di muka depan Utusan Malaysia semasa Black 14 (14 April 1999).
Seperkara yang kami perhatikan ialah betapa cara Khairy berbeza daripada kami di pihak alternatif. Kami tidak pernah merempuh masuk ke dalam mana-mana bangunan. Setiap kali, kami hanya berhimpun dan menghantar wakil untuk bertemu dan berbincang dengan cara yang sangat bertamadun.
Keadaan hanya menjadi tidak bertamadun apabila polis mula menembak gas pemedih mata dan air beracun ke arah kami.
Tetapi Khairy 'hebat'. Bukan sekadar merempuh masuk ke dalam KLCC, malah merempuh sekatan polis dengan gagahnya. Itupun dengan sebelah tangannya berikat anduh. Bayangkan kalau kedua-dua tangannya sihat dan gagah. Saya percaya jam itu juga Israel punah.
Teman saya itu berkata, "semalam ada dua drama, satu di KLCC dan satu di Kelantan."
Yup, we a know a good drama when we see one.
Saturday, July 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya yakin Pak Lah akan menepuk bahu menantunya sambil berkata, "Syabbas beta!"
Sudah tentu tidak ada polis yang akan berani menahan atau membelasah menantu Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Mungkin penerbit filem perlu mendapatkan nasihat Khairy atau elok Khairy saja menjadi penerbit filem. Tentu stesyen televisyen akan berebut beli.
Kerana mutunya atau apa? Tak kisah la. Janji jual dan yang penting masyukkkk.
Post a Comment