Oh Tuhan! Perdana Menteri Abdullah Badawi dilaporkan oleh media massa hari ini menolak gesaan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam menarik diri daripada menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Seruan terperanjat di awal entri ini adalah kerana dua perkara.
Pertamanya, saya terkejut besar (terkejut badak, bak kata orang muda) dengan tindakan Abdullah menolak secara terbuka cadangan menantunya itu. Apa sudah jadi?
Keduanya, apakah perlu seorang Perdana Menteri memberi respon kepada idea terbabas sebegitu?
Mungkin Abdullah sekarang terlalu banyak masa lapang sekarang kerana keadaan ekonomi yang terus mencanak-canak naik dan negara ini sama sekali tidak ada masalah.
Kerana itu dia banyak masa untuk respon kepada menantu sendiri dan merasmikan Sidang Kemuncak Kelab Penyayang yang mana Pengerusi Yayasan yang menubuhkannya adalah anak beliau sendiri, Nori. Oh ya, kalau ada yang tidak tahu Nori itu adalah isteri Khairy.
Mujurlah Abdullah hanya ada dua orang anak. Kalau 20?
Sunday, July 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment