Friday, December 15, 2006

Abdullah korban DiGi?

Berita hari ini (15 Disember 2006) melaporkan gesaan Abdullah agar rakyat bersedia berkorban. Gesaan ini dibuat ketika menerima sumbangan korban 200 ekor lembu daripada DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. untuk Parlimen Kepala Batas.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Kepala Batas?

Ada di antara kita yang memilih untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara khususnya negara yang dilihat lebih mundur dan memerlukan seperti Kemboja. Tetapi apa asas pertimbangan DiGi dalam memilih Kepala Batas?

Apakah mungkin semata-mata kerana Ahli Parlimen di situ ialah Perdana Menteri?

Pada hemat saya, perkara ini menimbulkan persoalan kemungkinan timbul elemen rasuah di dalam melaksanakan ibadah korban ini. Malah apakah DiGi yang melaksanakan ibadah ini?

Ketentuan hukum perlu dinyatakan samada DiGi adalah pihak yang sesuai melaksanakan ibadah korban dan apakah sah ibadah tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat yang sebahagian besar pemilikannya bukan oleh Muslim.

Jika DiGi menyerahkan lembu-lembu terlibat kepada Abdullah dan Abdullah yang melaksanakan ibadah korban; maka sah Abdullah telah menerima rasuah dalam bentuk 200 ekor lembu untuk kepentingan peribadi, yakni melaksanakan korban.

Jika begitu, apakah sah ibadah Abdullah? Bolehkah ibadah korban dilaksanakan dengan haiwan yang diterima sebagai rasuah.

Bagaimana pula pandangan BPR dalam transaksi yang melibatkan nilai hampir setengah juta ringgit ini?

3 comments:

Anonymous said...

A'kum..mana saudara tahu yg lembu utk korban tu adalah rasuah? manalah tau mmg digi hendak beri lembu utk tujuan korban dgn ikhlas.. saya bukan pro PM tp just curios dn statement yg saudara keluarkan.harapnye... jgnla terus buat conclusion. kalau ada bukti yg kukuh silalah share ye.. saya ingin tahu.. Terima kasih..

Anonymous said...

A'kum..mana saudara tahu yg lembu utk korban tu adalah rasuah? manalah tau mmg digi hendak beri lembu utk tujuan korban dgn ikhlas.. saya bukan pro PM tp just curios dn statement yg saudara keluarkan.harapnye... jgnla terus buat conclusion. kalau ada bukti yg kukuh silalah share ye.. saya ingin tahu.. Terima kasih..

ahmad zaki yamani said...

Kan saya sudah hujahkan di dalam entri tu?

Pertamanya jika DiGi yang membuat korban, tentu tidak sah. Kerana DiGi sebagai syarikat majoriti bukan Islam tidak boleh membuat ibadat korban.

Oleh itu kita hanya boleh andaikan bahawa lembu itu di'hadiah'kan kepada Abdullah. Abdullah yang akan membuat ibadat korban menggunakan lembu tersebut. Korban ialah ibadat peribadi.

Oleh itu lembu yang di'hadiah'kan oleh DiGi kepada Abdullah itu adalah untuk kepentingan peribadi. Oleh kerana DiGi mempunyai kepentingan untuk mendapatkan keuntungan daripada Abdullah yang merupakan Perdana Menteri, hadiah peribadi bernilai ratusan ribu ringgit itu tentu rasuah.