Daripada puing-puing kemusnahan, daripada api yang membakar bangkit jentayu.
Justeru hiruk-pikuk dan kelam kabut yang berlaku akibat perletakan jawatan Ezam Mohd Nor saya anggap sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat untuk keADILan. Saya semestinya menaruh harapan besar untuk beliau menarik balik keputusan tersebut.
Sememangnya keadaan ini bisa melumpuhkan, bisa memparahkan parti kita yang masih muda. Namun jika kita bersedia, mahu dan mampu mengendalikannya dengan baik maka kita akan dapat meraih kebaikan.
Perbezaan pendapat memang sentiasa akan wujud. Percanggahan pendekatan adalah sunnah orang berorganisasi. Namun seperti kata Anwar Ibrahim kepada Angkatan Muda Keadilan semalam (15 Februari 2007), "jangan melanggar batasan. Don't cross the line."
Namun di mana garis sempadan yang terlarang dilanggar itu?
Saya kira mungkin ramai yang tidak tahu dan ramai pula yang tergoda untuk melanggar larangan dan melakukan perkara yang ditegah. Bukankah kita keturunan Adam yang termakan godaan Iblis sehingga memakan buah Khuldi yang jelas tegahannya dan natijahnya terbuang ke bumi?
Itu buah khuldi yang nyata dan terang. Sekarang kita berhadapan dengan garis sempadan yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir.
Kata Anwar lagi, "apabila kita beristighfar, kita akan menjadi lebih merendah diri."
Friday, February 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
selamat tahun baru !!!
insyaAllah keADILan akan terus mantap..saya pernah tegaskan di blog DSAI,betapa dlm keADILan patah tumbuh hilang kekal berganti.keADILan adalah parti rakyat,bukan 'one man show'.
kita sedih dengan perletakan jawatan sdr Ezam,pun begitu perjuangan bukan terhad atas pundak individu-individu tertentu sahaja.generasi muda dalam keADILan perlu terus maju ke hadapan dengan mengambil iktibar sejarah yang ditinggalkan semalam.
Post a Comment